Pelaburan

Menang, terus memimpin, kalah sokonglah pemimpin

WhatsApp Image 2023 03 11 at 2.26.32 PM

rumahkabin black

MELAKA – Semua calon yang tewas bertanding peringkat sayap pada pemilihan UMNO 2023/2026 hari ini diingatkan supaya terus menyokong pihak yang menang demi masa depan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, apa sahaja keputusan petang ini perlu diterima dengan hati terbuka dan terus menyokong parti untuk menambat semula hati rakyat.

“Apa pun keadaan (keputusan) pada pemilihan kali ini, adalah untuk ukuran lima tahun akan datang dan perjalanan kita masih jauh lagi ke depan.

“Jadi siapa yang menang, teruslah memimpin, yang kalah kena sokonglah pemimpin,” katanya sambil menambah keputusan di Melaka dijangka diketahui pukul 5 petang ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan butik pakaian ke-10 Bulan Bintang di Taman 1 Lagenda, Peringgit di sini hari ini.

Hadir sama pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.

WhatsApp Image 2023 03 11 at 2.26.11 PM
Ab Rauf (kanan) merasmikan pembukaan butik pakaian Bulan Bintang cawangan ke-10
yang dibuka di Taman 1 Lagenda, Peringgit, Melaka hari ini sambil diperhatikan pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.

Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 membuka tirai hari ini menyaksikan 266 calon bersaing merebut 15 jawatan yang dipertandingkan.

Para perwakilan akan mengundi untuk memilih calon terbaik bagi mengemudi sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing serta pusat yang diadakan serentak di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, keputusan pemilihan kali ini ukuran kepada masa depan UMNO yang bakal dinaungi pemimpin baharu.

“Pemimpin pada hari ini akan bawa kita satu langkah ke depan untuk UMNO menambat semula hati rakyat dan bersama-sama mengemudi kerajaan di masa depan,” katanya.

Sementara itu, mengulas pelaburan di Melaka, beliau berkata, kejayaan butik pakaian tradisional Bulan Bintang membuka cawangan yang ke-10 di Melaka membuktikan pentingnya sebuah kerajaan yang stabil untuk menyakinkan pelabur.

“Saya difahamkan tahun lepas sahaja, jualan syarikat ini lebih RM32 juta dan tahun ini mereka menyasarkan RM100 juta sekali gus memberikan satu isyarat jelas anak muda kita mampu menempa nama di persada dunia dengan kestabilan kerajaan yang ada.

“Diharapkan, lebih banyak perniagaan anak muda dapat mencontohi Bulan Bintang ini yang mana saya yakin ini akan menjadi tarikan pelancong ke Melaka selain untuk makan dan melihat tempat bersejarah,” katanya. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link