Infotainment

Meta Sedang Pertimbang Sama Ada Ingin Berkongsi Pendapatan Iklan Bersama Pencipta Kandungan Reels

Instagram Reels Recap 2022

rumahkabin black

Meta sedia mempunyai beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada perkongsian kandungan, termasuk Instagram dan Facebook melalui ciri Reels dan beberapa yang lain.

Terbaru, dengan permulaan pihak YouTube yang telah mula berkongsi pendapatan bersama pencipta kandungan untuk YouTube Shorts – kini Meta turut dikatakan sedang mempertimbangkan perkara sama.

Instagram Reels Recap 2022
Meta Sedang Pertimbang Sama Ada Ingin Berkongsi Pendapatan Iklan Bersama Pencipta Kandungan Reels 5

Perbincangan masih pada peringkat awal, dan sekiranya ramai bersetuju di Meta, maka ia akan melihat Meta berkongsi pendapatan yang dijana melalui pengiklanan bersama sejumlah pencipta kandungan lain.

Buat masa ini, Meta sedia berkongsi sedikit pendapatan bersama pencipta kandungan yang memuat-naik video, atau menyelitkan pengiklanan Meta pada produk mereka.

Dan dengan langkah ini, sekiranya diimplementasikan, hanya TikTok dilihat akan menggunakan model berbeza – sementara YouTube dan Meta berkongsi pendapatan bersama pencipta kandungan mereka.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link