Penggunaan enjin carian Bing oleh Microsoft yang dikuasakan kecerdasan buatan GPT-4 terus berkembang. Dalam masa sebulan pengenalan sudah ada 100 juta pengguna dan lebih 45 juta perbualan dilakukan.
Banyak Microsoft cadangkan untuk terus memastikan Bing digunakan ramai termasuk menyertakannya terus ke kotak carian Taskbar Windows 11 dan ingin mengintegrasikan terus ke Microsoft Edge. Sebelum ini sokongan Bing baharu turut telah diberikan kepada peranti iOS dan Android.

Terkini dalam kemaskini Microsoft Edge baharu, Bing yang dikuasakan GPT-4 ini telah diintegrasikan terus. Apabila tekan logo Bing, panel sisi akan dibuka untuk pengguna memulakan perbualan dengan Bing menanyakan pelbagai soalan tanpa menukar tab.

Selain itu, Microsoft turut memperkenalkan ciri bar sisi baharu yang sama pada pelayar web Chrome. Bar sisi ini bp;eh memberi akses pantas kepada tetapan kegemaran pengguna, ciri dan fungsi menarik lain termasuk dengan perkhidmatan Microsoft.

Perkara menarik yang saya gemari pada kemaskini ini adalah ciri Drop. Melaluinya pengguna boleh pindahkan fail dari telefon terus ke OneDrive dengan penggunaan seakan perbualan dalam aplikasi pemesejan.
The post Microsoft Edge Kini Hadir Dengan Bing Chat Terbina first appeared on Amanz.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link