Infotainment

Microsoft Membubarkan Pasukan Metamesta Industri

Hololens 2 1

rumahkabin black

Adakah masa depan HoloLens semakin pudar? Jawapannya mungkin ya selepas Industrial Metaverse Core Team yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu telah dibubarkan sepenuhnya. Sekitar 100 kakitangan yang ditugaskan membangunkan projek metamesta bagi kegunaan industri telah dibuang kerja di bawah program pengurangan kerja Microsoft yang diumumkan beberapa minggu yang lalu.

Hololens 2 1
Microsoft Membubarkan Pasukan Metamesta Industri 5

Industrial Metaverse Core Team terlibat dalam memberikan sokongan kepada pelanggan seperti Coco Cola, Unilever dan General Motors. Walaupun keseluruhan pasukan ini telah dibubarkan, Microsoft berkata mereka masih mempunyai komitmen untuk membangunkan metamesta bagi kegunaan industri cuma fokus kini diberikan kepada kawasan yang lebih diperlukan.

Microsoft sudahpun menamatkan sokongan HoloLens 2 untuk kegunaan awam dan hanya menawarkannya kepada industri serta ketenteraan sahaja. Tiada maklumat mengenai pembangunan set kepala baharu dengan ramai pekerja yang terlibat dengan HoloLens telah dilaporkan dibuang kerja. Berita pagi ini hadir dengan berita Meta mungkin akan membuang lebih banyak pekerja dengan ia turut memberikan kesan kepada mereka yang terlibat dalam platform metamesta.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link