Pelaburan

Najib doakan kejayaan Azalina ke Eropah kendali tuntutan kumpulan Sulu

Najib

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang mewakili Malaysia ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu.

Menerusi hantaran terbaru dalam Facebooknya, mantan Perdana Menteri itu turut menegaskan, kerajaan juga patut mengambil tindakan ke atas kebodohan luar biasa dan kegagalan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, yang menjadi punca kepada masalah dihadapi negara hari ini.

“Semoga berjaya diucapkan kepada YB Azalina yang telah ditugaskan untuk mengendali dan menyelesai kes tuntutan kumpulan Sulu.

“Kerajaan juga patut mengambil tindakan ke atas kebodohan luar biasa dan kegagalan Tommy Thomas yang menyebabkan masalah hari ini.

“Pada bulan Oktober lepas Tommy sudah disaman oleh dua Timbalan Ketua Menteri Sabah serta tujuh ADUN berkait penyalahgunaan kuasa dan kegagalannya dalam kes ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Azalina akan menjadi wakil kerajaan ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu membabitkan beberapa aset milik Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang mungkin turut serta dalam pengendalian kes itu bersama Azalina dalam masa terdekat.

Dr. Zambry berkata, ia merupakan antara langkah ke hadapan Malaysia susulan kumpulan yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu dilihat mengambil kesempatan menggunakan kepakaran mereka dalam melaksanakan tuntutan seolah ‘forum shopping’ iaitu dari satu mahkamah ke mahkamah lain. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link