Sudah bertahun aplikasi Netflix menggunakan rekaan lebih kurang sama. Sehinggalah hari ini, mereka memperkenalkan rekaan baharu yang lebih segar, interaktif dan sedap mata memandang. Kemaskini ini buat masa ini hanya terhad untuk pengguna iOS sahaja dan tiada sebarang informasi jika ia akan diedarkan kepada iPad atau peranti Android.
Kemaskini ini menawarkan lima perkara utama iaitui;
Rekaan “Papan Iklan” baharu
Biasanya apabila nada membuka aplikasi Netflix, paparan pertama adalah kandungan yang dicadangkan untuk ditonton berdasarkan corak penggunaan. Paparan kandungan ini Netflix memanggilnya sebagai papan iklan dan kemaskini baharu membolehkan ia bergerak mengikut pergerakan peranti. Ia turut mempunyai kesan pencahayaan yang ringan.

Warna cerun pada latar
Jika sebelum ini sentiasa berwarna hitam, kini warna latar belakang aplikasi di bahagian atas iaitu di belakang papan iklan adalah warna cerun mengikut tona warna pada kandungan yang dicadangkan. Tetapi apabila ditatal ke bawah, ia kembali menjadi hitam. Pilihan kategori turut diubah dengan rekaan teks putih dalam bentuk bujur yang juga menggunakan garisan putih, tetapi menjadi legap apabila ditekan.

Gambar Profil bergerak apabila bertukar profil
Kini, lebih seronok apabila pengguna ingin bertukar antara profil kerana setiap kali profil ditukar akan ada animasi bergerak. Selepas pilih satu profil, ia akan pergi laman memuat dan gambar profil akan terbang ke atas dalam pergerakan yang lancar. Selain itu, peralihan animasi turut ditambah dengan pergerakan yang lebih lancar.

Haptik Apabila Tab Ditekan
Di aplikasi Netflix, tab di bawah memaparkan Laman Utama, Baharu & popular, Lawak Jenaka dan Muat Turun. Sementara di atas terdapat Rancangan TV, Filem dan Kategori. Kini apabila setiap satu ditekan akan ada kesan haptik yang lebih lembut memberi tindak balas setiap kali ditekan kecuali jika menekan Kategori.
Kemaskini ini sudah diedarkan kepada pengguna bertuah sejak minggu lepas dan muka diedarkan kepada semua pengguna iOS bermula hari ini. Apa pendapat anda dengan rekaan yang lebih menarik ini?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link