Satu demi satu tangga jatuh bertimpa di atas TikTok. Selepas UK mengharamkan pemasangan aplikasi ini pada peranti kerja milik penjawat awam, New Zealand pula menyusul dengan perancangan mengharamkan TikTok pada peranti yang digunakan oleh ahli parlimen.

Tindakan diambil selepas mengambil kira saranan oleh pasukan sekuriti serta melihat apa yang telah dilakukan sekutu mereka UK dan Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini. Aplikasi perlu dinyahpasang oleh ahli parlimen sebelum 31 Mac iaitu tarikh arahan ni akan dikuatkuasakan.
New Zealand ialah sekutu kepada UK dan A.S di bawah perjanjian perkongsian maklumat rahsia 5 Eyes. Dengan TikTok dituduh mengumpul data pengguna dan didakwa mendatangkan risiko keselamatan, tindakan pengharaman pada peranti kerja kegunaan rasmi diperkenalkan. Sehingga kini TikTok sudah berkali-kali menafikan sebarang tuduhan bahawa mereka melakukan intipan bagi pihak China.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link