Lebih kurang 4 tahun lepas (Mac 2019) saya mendapat panggilan dari seorang pemilik tanah lot banglo di Nilai Spring Villas, iaitu En Ali.
Beliau mohon untuk saya jualkan 4 buah Nilai Spring Villas bungalow land (NSV) milik beliau. Bermula di situ, saya berjaya jual 4 lot tanah tersebut sehingga sekarang (April 2023) sudah 25 buah tanah lot banglo NSV saya berjaya jual.
Artikel kali ini saya akan ceritakan property review nilai spring villas bungalow lot berdasarkan pengalaman saya urus jual beli tanah di sini.
Bukan sahaja berkenalan dengan client untuk jual beli di sini, malah jiran dan penduduk di kawasan ini juga saya kenal sebahagiannya.
Property Review Nilai Spring Villas Bungalow Land
Berdasarkan rekod pendaftaran pemilikan tanah. Tanah di Nilai Spring Villas mula didaftarkan atas hakmilik individu pada 1994-1995 iaitu dari nama pemaju Arus Ikhlas Sdn Bhd (Putra Nilai) kepada nama pemilik persendirian.
Lokasi NSV sangat strategik. Berhadapan dengan mix-development Mesamall / Mesahill residence, bersebelahan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berhadapan dengan tapak Hospital USIM, berhampiran Aurelius Hospital Nilai.
Keluasan keseluruhan tanah di NSV lebih kurang 380 ekar (berdasarkan ukuran web Gis9) dan beratus tanah lot banglo di sana. Sebab itu bagi client atau ejen yang baru, mereka akan confuse berkenaan nama jalan di NSV.
Secara mudahnya, saya bahagikan kepada 4 bahagian utama dalam kawasan NSV iaitu
- Nilai Spring Villas 1 (NSV 1)
- Nilai Spring Villas 2 (NSV 2)
- Nilai Spring Villas 3 (NSV 3)
- Nilai Spring Villas 4 (NSV 4)
NSV 1 berada di bahagian hadapan iaitu berhampiran Jalan Persiaran Ilmu (jalan utama Mesamall).
NSV 2 pula jalan ke arah Nilai Spring Golf & Resort.
NSV 3, jalan ke arah penghujung kawasan Nilai Spring Villas ke sempadan tanah USIM.
Manakala NSV 4 pula, bersebelahan dengan Taman Desa Anggerik.

Selain daripada tanah lot banglo, ada juga beberapa hartanah lain di sana
Rumah Banglo Nilai Spring Villas: Sudah banyak rumah banglo dibina di sana. Ada juga yang dalam proses untuk dijual seperti Banglo 2 Tingkat di Jalan Nilai Spring Villas NSV 2 dan satu lagi di Jalan NSV 3.
Rumah Semi-D Nilai Spring Villas. Rumah Semi-D mendapat perhatian dari pemaju di NSV. Ada 3 pemaju dan 3 projek rumah Semi-D. Pertama dari pemaju Putra Nilai iaitu Projek Bellina Villas. Kedua dari pemaju Univale dan Ketiga dari pemaju persendirian iaitu di NSV 2 dan NSV 3.
Setakat ini belum ada lagi projek rumah teres, townhouse atau apartment di kawasan Nilai Spring Villas. Ada terdengar tapi lebih kepada khabar angin.
I want to sell my bungalow land in Nilai Spring Villas!
Apa Prosedur Untuk Jual Tanah Lot Banglo Nilai Spring Villas ?
Prosedur jual tanah lot banglo lebih kurang sama sahaja dengan jual rumah atau hartanah lain.
- Bagi geran atau no lot tanah. Anda hanya perlu bagi salinan geran atau no lot sahaja.
- Cari Lokasi Tanah. Selepas saya dapat no lot, saya akan cari lokasi tanah melalui sistem yang saya biasa gunakan
- Ejen akan bagi cadangan harga dan nilai pasaran. Cadangan harga berdasarkan bentuk tanah dan lokasi tanah.
- Pengiklanan. Saya akan buat pengiklanan dan juga propose kepada existing client
- Viewing. Saya akan bawa buyer viewing tanah tersebut supaya buyer faham
- Booking. Sekiranya buyer setuju untuk beli, saya akan collect dahulu duit booing sebagai komitmen untuk beli.
- Apply Loan. Saya akan bantu buyer untuk dapatkan loan sama ada loan bank atau loan LPPSA
- Sign SNP. Selepas loan lulus, saya akan berurusan dengan pihak lawyer untuk sign SNP
- Urusan Selesai. Memandangkan tanah di NSV semua adalah freehold dan tanpa seketan, selepas 3 bulan, urusan akan selesai.
Berapa Market Value Nilai Spring Villas Bungalow Land Sekarang?
Nilai pasaran bagi Nilai Spring Villas sangat signifikan bermula 1995 sehingga sekarang. Pada 1995 ia dijual dengan harga (anggaran) RM 15-20 kaki persegi.
Sejak saya fokus di Nilai Spring Villas pada 2019, saya perasan permintaan sangat mendadak sejak 5 tahun lepas. Pada 2019, saya berjaya jual dengan harga RM 28 psf – RM 32 psf. Sekarang untuk dapat harga tersebut agak susah, paling murah dalam RM 35 psf dan boleh cecah sehingga RM 45 psf.
Bermaksud, harga minima di NSV ialah lebih kurang RM 350,000 (bergantung saiz tanah)

Berdasarkan data NAPIC di atas, price range Nilai Spring Villas Bungalow Land ialah RM 377 – RM 449 meter persegi iaitu bersamaan RM 35 – RM 43 kaki persegi iaitu bagi tempoh Julai 2021 hingga Jun 2022 dengan purata kenaikan 3.9%
Apa Kelebihan Tanah Lot Banglo NSV Macam Best Jer
Sebagai penduduk di Nilai dan seorang property agent yang fokus di Nilai. Saya dapati tanah lot Nilai Spring ada keunikan dan keistimewaan tersendiri.
- Freehold
- Non bumi
- Ready infra
- Below market value
- Harga kaki persegi masih lagi murah
- Tanah bersaiz besar.
- Lokasi strategik dan akses yang mudah dan cepat
Freehold. Tanah di sini semua adalah pegangan bebas. Malah tanah tanpa ada sekatan atau tanpa perlu dapatkan consent.
Non bumi. Bebas dijual kepada bumi atau non bumi buyer
Infra Ready. Infra sudah tersedia seperti jalan, tnb, air, indah water. Cuma perlu kos untuk tap sumber sahaja. Internet pula, ada sebahagian jalan sudah ada maxis fiber
Harga Kaki Persegi Murah. Harga kaki persegi masih lagi murah berbanding di tempat lain (Nilai Impian mencecah RM 50-60 psf), Kota Seriemas (RM 40-50 psf)
Tanah Bersaiz Besar. Kebiasaannya saiz 10,000 sqft. Amat jarang dapat jumpa saiz 7,000 sqft. Paling besar saiz 20,000 sqft ++.
Lokasi Strategik. Lokasi strategik dekat dengan kemudahan dan mudah dan senang akses ke lebuhraya. Radius 5km ke AEON Mall Nilai, Giant Mall, Lotus, Aurelius Hospital, USIM, Manipal University, Mesamall dan lain-lain, Manakala akses pula boleh gunakan lebuhraya PLUS dan LEKAS serta LPD dan ELITE.
Property Agent Fokus di Nilai Spring Villas Bungalow Land
Sekiranya anda ingin menjual tanah lot banglo di Nilai Spring Villas dan mencari ejen hartanah nilai spring villas, saya sedia membantu. Berbekalkan pengalaman di kawasan tersebut, saya boleh guide A-Z dalam penjualan tanah.
Kebanyakan client saya yang sebelum ini beli tanah di NSV, ramai menggunakan loan kerajaan (LPPSA). Ada juga yang menggunakan loan bank (CIMB, Hong leong dan Bank Rakyat) dan sebahagian lagi beli secara tunai.
Setiap tanah di NSV berlainan dari sudut saiz (ada yang besar dan kecil), bentuk tanah (petak, trapeziod, suku bulat dsb), level (sama level dengan jalan, lebih rendah dari jalan dan ada yang lagi tinggi dari jalan). Saya akan guide berkenaan hal ini.
Berkenaan dengan kos lain. Bakal pembeli kena ambil tahu seperti kos tambak tanah, kos pagar, kos juruukur.
Hubungi saya Rasyadan di talian 013-3440625
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source