Oppo Find N2 Flip telah dilancarkan di China pada Disember lepas dengan skrin boleh lipat jenis clampshell. Rekaannya juga mirip seperti Galaxy Z Flip 4 dengan skirn sekunder lebih besar. Berkongsi lebih lanjut, Oppo mendedahkan bahawa peranti ini bakal membuat kemunculan di peringkat global pada bulan ini. Dijadualkan berlangsung pada 15 Februari 2023, kehadirannya juga sedia diacah secara terbuka menerusi media sosial rasmi Oppo Global.
Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi. Namun sekiranya ia merupakan variasi yang sama seperti di China. Ia akan mempunyai skrin utama AMOLED 6.8-inci 120Hz, di samping skrin sekunder 3.26-inci sejenis OLED. Selanjutnya cip Dimensity 9000+ digunakan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan mencapai 512GB. Lain-lain spesifikasi lagi termasuklah kamera utama 50MP + 8MP, kamera swafoto 32MP dan bateri 4300mAh dengan pengecasan 44W.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai peranti ini pada 15 Februari dan kami akan turut sama berkongsi kemaskini mengenainya dalam artikel yang akan datang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link