Hartanah

OPR dijangka kekal 2.75 peratus

BELANJAWAN 568

rumahkabin black

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Rabu dan Khamis ini.

Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pihaknya berpandangan BNM ingin memantau situasi ekonomi negara terlebih dahulu berikutan ketidaktentuan prospek ekonomi global serta
melihat kesan daripada kenaikan OPR tahun lalu kepada ekonomi.

“Secara umumnya, ekonomi Malaysia telah pun mencatatkan pertumbuhan yang tinggi tahun lalu iaitu 8.7 peratus, manakala pasaran buruh juga dilihat semakin stabil dengan kadar pe­ngangguran terus merosot kepada 3.6 peratus pada Disember lalu berbanding 4.2 peratus pada Januari 2022.

“Justeru, kemungkinan OPR bakal dinaikkan pada tahun ini sememangnya ada sekitar 25 mata asas, selebihnya bergantung kepada momentum pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Afzanizam
Dr. Mohd. Afzanizam

BNM dijadualkan mengeluarkan Pernyataan Dasar Mone­tari Ke-2/2023 pada Khamis dan menurut Mohd. Afzanizam, kadar OPR yang normal adalah sekitar tiga hingga 3.25 peratus.

Beliau menjelaskan, satu perkara yang perlu difahami ialah apabila OPR dinaikkan, ini bermakna BNM sedang membina ruang dasar, atau policy space untuk mereka bertindak pada masa akan datang.

“Ini terutama apabila terdapat­nya kebimbangan kelembapan ekonomi global tahun ini.

“Selain itu, OPR ini tidak bersifat statik dan ia berubah mengikut suasana ekonomi. OPR akan naik apabila ekonomi mula pulih dan turun apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jadi lembap,” kata­nya.

 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link