Hartanah

Orang ramai terkejut lihat anjing serang lembu

anjing serang lembu

rumahkabin black

GLASGOW – Sebuah klip video tular mengejutkan orang ramai apabila seekor anjing dirakam menyerang sekumpulan lembu baka Highland di Glasgow, Scotland, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Anjing baka Bulldog itu kelihatan berlari ke tengah padang dan menggigit kaki dan ekor salah seekor lembu tersebut.

Lembu-lembu tersebut kemudian menyerang anjing bernama Wiston itu sebelum ia dipanggil semula oleh pemiliknya.

Conor Ashe yang berada di lokasi kejadian berkata: “Kami berada di taman Pollock untuk bersiar-siar apabila mendengar kekecohan dengan lembu-lembu itu melenguh. Jadi, kami berlari ke belakang dan terdapat seekor anjing keluar dari hadapan lembu-lembu itu.

“Ia kemudian tergantung di bahagian ekor salah seekor lembu dan mengejar anak lembu. Kami tertekan kerana hanya mampu melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa,.

“Anjing itu berada di kaki salah seekor lembu selama kira-kira seminit sebelum saya mula merakam, jadi kami bimbang sekiranya ia boleh membunuh atau mencederakan salah seekor lembu,” katanya.

Kawanan lembu itu dilihat bermati-matian cuba melarikan diri dari anjing tersebut dan menjauhkannya daripada anak lembu.

Conor melaporkan kejadian itu kepada kakitangan di Burrell Collection yang berkata mereka akan melaporkan serangan itu kepada Renjer Taman. – Agensi



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link