Infotainment

Pad Tetikus Kaca Terbaja Razer Atlas Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

razer atlas gallery white 5

rumahkabin black

Terdapat banyak jenis pad tetikus yang ada di pasaran. Saya sendiri pernah melihat versi kayu, aluminium dan sudah semestinya yang menjadi kebiasaan adalah fabrik dengan bahan getah lembut.

razer atlas gallery white 5
Pad Tetikus Kaca Terbaja Razer Atlas Kini Di Malaysia Pada Harga RM499 7

Terbaru Razer memperkenalkan Atlas sebagai pad tetikus kaca terbaja (tempered glass). Dengan Razer Atlas, setiap pergerakan tetikus didakwa adalah lebih lancar tanpa ada halangan pergerakan. Pad tetikus ini turut telah dioptimasikan untuk digunakan bersama tetikus dengan sensor optikal.

razer atlas glass surface desktop
Pad Tetikus Kaca Terbaja Razer Atlas Kini Di Malaysia Pada Harga RM499 8

Pad ini turut mempunyai tekstur pada permukaan untuk memastikan ia tidak terlampau licin dan turut boleh mematikan tiada bunyi bising setiap kali tetikus digerakkan. Kaca yang digunakan juga didakwa tahan lasak dan tahan hentakan.

razer atlas gallery white 1
Pad Tetikus Kaca Terbaja Razer Atlas Kini Di Malaysia Pada Harga RM499 9

Saiz Razer Atlas adalah 450mm panjang x 4000mm lebar dengan ketebalan 5mm sahaja. Tiada sokongan pengecsasan nirwayar atau sistem RGB Razer Chroma disertakan pada pad tetikus ini. Razer turut menawarkan dua pilihan warna sama ada hitam atau putih.

Di Malaysia, Razer Atlas dijual pada harga RM499. Agak mahal untuk sebuah pad tetikus kecil kerana biasanya harga seperti ini anda boleh dapatkan pad desktop atau deskpad berkualiti yang bersaiz besar.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link