Infotainment

Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 14 1

rumahkabin black

Konsep telefon pintar dengan kemasan dan sistem pengimejan yang berkualiti menunjukkan Oppo semakin matang dalam menjadikan produk miliknya mempunyai nilai yang menarik. Misalnya seperti siri Reno yang sedia terkenal dengan kemampuan kamera yang memuatkan ciri fotografi dan videografi yang pelbagai. Berkongsi lebih lanjut, Oppo kini dalam persediaan hadir dengan beberapa kemas kini baharu untuk siri berkenaan menerusi siri Oppo Reno8 T.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 14 1
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 15

Penggunaan tagline “The Portrait Expert” memberi gambaran jelas yang mana ia masih bercirikan sebuah telefon pintar dengan keupayaan kamera yang baik. Kemas kini baharu turut mendedahkan tarikh pelancarannya untuk pasaran tempatan yang dijadualkan berlangsung pada 7 Februari hadapan. Bagaimanapun kami di Amanz berpeluang mengakses peranti lebih awal bagi melihat dengan lebih dekat mengenai penawarannya, baik dari segi rekaan mahupun spesifikasi utama.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 15 1
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 16

Terdapat dua model berbeza disediakan yang merangkumi variasi 4G dan 5G, selanjutnya kami telah menggabungkan kedua-duanya di dalam artikel ini bagi memudahkan anda melihat perbezaannya. Ia juga mungkin kecil tetapi kedua-dua peranti dilihat mempunyai tarikan yang tersendiri. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.


Spesifikasi

Telefon Pintar
Nama ModelOppo Reno8 T 5GOppo Reno8 T 4G
Paparan6.7” AMOLED FHD+,
Warna 10-bit, 120Hz
6.43” AMOLED FHD+, 90 Hz
PemprosesSnapdragon 695 5G (6 nm)Snapdragon 680 4G (6 nm)
CPU2 x 2.2 GHz Kryo 660 Gold
6 x 1.7 GHz Kryo 660 Silver
4 x 2.4 GHz Kryo 265 Gold
4 x 1.9 GHz Kryo 265 Silver
GPUAdreno 619Adreno 610
RAM8GB8GB
Storan Dalaman256GB256GB
Kamera Utama108MP – (Utama)
2MP – (Kedalaman)
2MP – (Makro)

*Zum Digital sehingga 20X

*Mikrolens sehingga 40X
100MP – (Utama)
2MP – (Kedalaman)
2MP – (Makro)

*Zum Digital sehingga 20X

*Mikrolens sehingga 40X
Kamera Depan32MP32MP
Bateri4800mAh
Pengecasan Pantas 67W
5000mAh
Pengecasan Pantas 33W
Sim/TelefoniNano SIM + Nano SIMNano SIM + Nano SIM
Sistem ImbasanImbasan Cap Jari & WajahImbasan Cap Jari & Wajah
Harga JualanAkan DikemaskiniAkan Dikemaskini

Rekaan & Skrin

Tiada sesi nyahkotak yang disediakan untuk kali ini kerana kami hanya diberi melihat peranti pintar sahaja secara langsung. Dari segi rekaan, Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G tidak menampakkan perbezaan yang ketara di antara satu-sama lain. Kesemua peranti mempunyai sisi aluminium membulat yang membentuk kerangka utama. Ia juga selesa dipegang tanpa isu peranti mudah tergelincir daripada tangan, khususnya bagi Reno8 T 4G dengan warna Sunset Orange. Hal ini disebabkan oleh peranti ini tampil dengan gaya berbeza, malah cukup menyerlah dengan kemasan berasaskan kulit dalam menghasilkan sentuhan berbeza. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa pilihan warna lain langsung tidak menarik di mata kami.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 12
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 17

Kesemuanya sedap sahaja mata memandang dengan rekaan moden dan minimalis yang menggunakan material berkilat. Misalnya seperti Reno8 T 5G dengan warna Sunrise Gold yang dilengkapi rekaan Oppo Glow. Melaluinya, ia menggunakan kemasan dwi-matte yang berkilauan seperti berlian di belakang peranti. Ia cukup cantik dan warna yang dipantulkan berubah-ubah mengikut sudut pandangan.

Bukan itu sahaja, rekaan ini juga dikatakan mampu mengurangkan isu kotoran cap jari mudah melekat bagi menjadikan peranti kekal bersih sepanjang masa. Namun konsep ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi Oppo kerana perkara ini turut pernah digunakan pada beberapa peranti Reno sebelum ini seperti Reno5, Reno6 dan Reno7.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 5
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 18

Selanjutnya panel belakang ini juga memperlihatkan dua bonggol kamera dengan sistem tri-kamera untuk kedua-dua peranti. Satu lensa besar mendominasi pada bonggol kamera di bahagian atas dengan dua lagi lensa diletakkan berasingan dalam bonggol di bawah. Turut disertakan adalah satu LED Flash yang diubahsuai sedikit kedudukannya, selain sistem kamera yang juga dilengkapi sistem Oppo Glow seumpama yang terdapat pada Reno8 Z 5G. Ia boleh berkelip apabila terdapatnya notifikasi dan panggilan telefon yang masuk. Ini amatlah berguna bagi mereka yang tidak mahu terlepas panggilan telefon apabila peranti ditetapkan dalam mod senyap.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 1 1
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 19

Selanjutnya skrin hadapan untuk kedua-peranti sepenuhnya daripada keluarga panel AMOLED dengan resolusi FHD+. Namun kelebihan sudah semestinya diberikan kepada variasi 5G apabila skrin AMOLED yang digunakan mempunyai sokongan warna 10-bit. Di samping turut memuatkan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz pada resolusi maksimum. Sokongan kadar segar semula tinggi turut boleh ditemui pada peranti variasi 4G, tetapi hanya terhad sehingga 90Hz. Jika diletakkan bersebelahan, perbezaan turut boleh dilihat pada saiz dan jenis skrin hadapan yang digunakan.

Oppo Reno8T 10
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 20

Skrin 6.7-inci melengkung pada kedua-dua sisi dan lubang di tengah digunakan pada Reno8 T 5G. Dalam masa sama, saiz bezel seimbang pada keempat-empat sisi juga dirasakan sesuai buat pengguna yang begitu mendambakan simetri. Sementara itu, skrin Reno8 T 4G pula lebih kecil dengan saiz 6.4-inci dan sejenis rata dengan kewujudan lubang kecil pada sebelah sisi kiri. Kewujudan dagu agak tebal berbanding sisi yang lain turut boleh ditemui pada peranti ini. Namun keadaan ini juga sering sahaja berlaku untuk sebuah peranti kelas pertengahan di pasaran hari ini.

Oppo Reno8T 9 1
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 21

Selain daripada skrin hadapan, apakah lagi perbezaan lain untuk rekaan di antara Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G? Pertama sekali kedudukan slot SIM yang diletakkan pada bahagian sisi bawah untuk variasi 5G. Selanjutnya, ia boleh ditemui pada bahagian sisi kanan untuk variasi 4G. Peletakan pembesar suara pula di sebelah kanan untuk variasi 5G, seterusnya beralih ke bahagian kiri pula untuk Reno8 T 4G.

Kedua-duanya juga menyokong sistem audio stereo, tetapi kelebihan diberikan pada variasi 4G yang turut memuatkan bicu audio 3.5mm. Ini sekaligus memberi nilai tambah pada peranti yang turut menyediakan kemudahan tambahan buat pengguna yang masih bergantung kepada fon telinga jenis berwayar.

Susun atur butang standard lain untuk kedua-dua peranti adalah sama, di mana butang kuasa boleh ditemui pada bahagian sisi kanan kedua-dua peranti. Seterusnya, sisi bertentangan pula menempatkan butang laras audio dengan binaan yang kukuh. Sambungan port USB-C juga digunakan pada kedua-dua peranti pintar yang diletakkan di bahagian sisi bawah. Secara keseluruhan rekaan kedua-dua peranti ini sederhana, praktikal dan seimbang dengan terdapatnya kriteria peranti yang premium. Rekaan dua bonggol kamera juga telah diubah suai sedikit berbanding beberapa peranti sebelum ini bagi menjadikannya lebih kemas.


Cip Pemprosesan & Perisian

Perbezaan paling drastik sudah semestinya terletak pada sokongan cip pemprosesan. Peranti dengan rangkaian 5G terbina dilengkapi dengan cip Snapdragon 695 yang merupakan pemprosesan kelas pertengahan berteknologi 6nm. Ia dilancarkan pada penghujung tahun 2021 dan merupakan cip yang sama digunakan pada Reno8 Z sebelum ini. Selanjutnya, Reno8 T 4G pula dilengkapi cip MediaTek Helio G99.

Ini dipadankan pula dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB pada kedua-dua peranti. Bagi yang merasakan RAM mungkin tidak mencukupi, peranti ini hadir dengan sokongan memori maya mencapai 8GB RAM yang mengambil sebahagian storan. Cubaan singkat menyebabkan kami tidak sempat untuk membuat sebarang ujian penanda aras dan bermain sebarang permua setakat ini. Namun, hal ini bakal kami kongsikan dalam artikel ulasan akan datang setibanya salah satu peranti di makmal Amanz kelak.

Coloros 13 rasmi 10
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 22

Dari segi perisian, tiada perbezaan di antara kedua-dua peranti dengan sokongan pelancar ColorOS 13 berasaskan Android 13 yang terkini. Secara umumnya juga, pelancar ColorOS boleh dikatakan mempunyai reputasi yang baik dari segi kelancaran dan mudah digunakan. Kami mengatakan sebegini kerana pengalaman masih lagi sama dengan peranti Oppo yang lain.

Bagi anda pernah menggunakan peranti ColorOS sebelum ini, masa yang diambil untuk membiasakan diri dengan peranti-peranti ini hanya mengambil masa yang singkat sahaja. Turut disertakan, fungsi kustomasi tema dan sejumlah tetapan yang boleh diubah mengikut kehendak pengguna.


Tetapan Kamera

Seperkara lagi perbezaan paling drastik ialah sensor utama 108MP (Samsung HM6) yang digunakan pada Reno8 T 5G. Ia juga diiklankan sebagai peranti di bawah siri Reno terawal yang dilengkapi sokongan kamera tersebut. Ini adalah berbeza dengan Reno8 T 4G yang menggunakan sensor utama 100MP. Seterusnya tiada sensor ultra-lebar yang diberikan, sebaliknya peranti-peranti ini memuatkan dua sensor 2MP bagi tujuan kedalaman dan makro.

Oppo Reno8T 11
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 23

Turut disertakan adalah sokongan zum digital sehingga 20X, di samping membawakan ciri kamera microlens yang sebelum ini pernah terdapat pada model Find X3 Pro. Selanjutnya peranti-peranti ini juga masih mengekalkan sejumlah ciri fotografi dan videografi seumpama generasi terdahulu. Misalnya seperti Bokeh Flare Portrait, AI Retouching, Selfie HDR dan AI Color Portrait. Tapi malangnya, anda perlu tahu bahawa tiada sokongan cip MariSilicon X yang dimuatkan pada kedua-dua peranti pintar ini.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 13
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 24

Jadi adakah ini perkara baik ataupun buruk? Di atas kertas, peranti lebih memfokuskan terhadap ciri rakaman gambar portrait. Justeru secara praktikalnya ia tidaklah memberi kesan buruk yang melampau. Secara peribadinya juga, pelbagai fungsi tambahan yang diberikan sedikit sebanyak membantu untuk penghasilan semula gambar yang memadai untuk kebanyakan situasi. Sementara itu, tiada perbezaan untuk tetapan kamera swafoto di antara peranti kerana sensor 32MP digunakan melaluinya.


Kapasiti Bateri

Seterusnya tiada perbezaan besar juga boleh dilihat dari segi kapasiti bateri peranti. Reno8 T 4G hanya 20mAh lebih besar berbanding Reno8 T 5G. Jumlah keseluruhan menjadikan bateri pada Reno 8T 4G adalah 5000mAh, sementara variasi 5G pula memuatkan bateri sebesar 4800mAh. Untuk pengecasan semula, kedua-duanya menggunakan sambungan port USB-C yang boleh dicas menerusi sistem pengecasan 67W pada Reno8 T 5G. Selanjutnya Reno8 T 4G pula didatangkan dengan pengecasan pantas 33W.


Kesimpulan

Berikut adalah serba sedikit perkongsian pandang pertama kami untuk kedua-dua peranti baharu Oppo. Sekilas pandang tiada perbezaan boleh dilihat dari segi rekaan dengan sebuah Oppo A78 5G. Secara umumnya juga, Reno8 T 5G hanyalah sebuah Reno8 Z yang dipersembahkan semula dalam saiz tubuh dan sensor kamera yang dipertingkatkan.

Siri Oppo Reno 8 T Malaysia 16 1
Pandang Pertama – Siri Reno8 T Ialah Kembar Hampir Seiras Dengan Perkakasan Berbeza 25

Bagaimanapun, sekali lagi kami katakan keseluruhan rekaan kedua-dua peranti ini masih praktikal dan seimbang dengan terdapatnya kriteria peranti yang premium. Namun jauh lebih baik lagi sekiranya Oppo menawarkan siri Reno9 yang dirasakan lebih menarik penawarannya. Tiada maklumat mengenai harga jualan yang didedahkan setakat ini, segalanya bakal terjawab selepas dilancarkan pada 7 Februari kelak.

Pro

  • Rekaan yang sederhana, praktikal dan seimbang.
  • Skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi
  • Kamera 108MP bersama ciri fotografi & video pelbagai.

Kontra

  • Sensor kedalaman dan makro sekadar gimik.
  • Perkakasan dalaman menyerupai generasi sebelum ini.
  • Tiada cip ISP MariSilicon X disertakan.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link