Siri komputer riba Apple MacBook Pro yang dikuasakan cip pemprosesan terbaru Apple M2 Pro/Max sepatutnya diperlihatkan pada penghujung tahun lepas, akan tetapi menurut laporan-laporan tertentu, produk tersebut nampaknya akan ditunda untuk beberapa bulan.
Digitimes melaporkan bahawa pelancaran produk tersebut, yang sepatutnya diumumkan dan dijual pada penghujung tahun lepas tidak kesampaian dan nampaknya tidak akan diumumkan walaupun pada awal tahun ini.

Malah, pihak Bloomberg juga mengatakan bahawa komputer riba tersebut hanya akan diperlihatkan pada pertengahan tahun ini, berkemungkinan sewaktu acara WWDC yang mana komputer riba Apple MacBook Air yang dikuasakan cip pemprosesan Apple M2 diperkenalkan pada tahun lepas.
Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi apakah penambahbaikan dari segi prestasi yang dapat diperlihatkan pada cip pemprosesan yang lebih baru ini dan juga ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan pada penawaran MacBook Pro tahun ini.
Ia juga dijangkakan bahawa permintaan untuk siri komputer riba Apple MacBook akan menurun dengan agak banyak, dan jualan untuk komputer-komputer riba ini tidak begitu gah, dan mungkin diantara sebab mengapa Apple tidak begitu terkejar-kejar untuk menjual penawaran terbaru mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link