Pelaburan

Pemilihan peluang perkukuh UMNO – Wan Rosdy

MGF28032021 PAU UMNO41

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO yang akan berlangsung esok merupakan peluang untuk memperkukuhkan parti yang telah sekian lama berjasa membawa agenda memperkasakan Melayu dan Islam serta kesejahteraan seluruh rakyat.

Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdapat pelbagai celaan dan kejian dilemparkan oleh musuh-musuh politik yang mahu melihat parti itu tenggelam di pentas politik.

“Namun, yakin dan percayalah bahawa akan ada pejuang yang setia membawa obor menerangi jalan perjuangan yang masih panjang dan berliku,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang mengingatkan para perwakilan bahawa tanggungjawab bagi memilih barisan kepimpinan yang akan berganding bahu meneruskan perjuangan UMNO terletak di tangan mereka.

Beliau akan bersaing dengan enam lagi calon lain untuk mengisi tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan bagi penggal 2023-2026.

Calon-calon lain ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Hasni Mohamad, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link