Hartanah

Peminat Jay Chou dan penyokong Harimau Malaya berbalah

Jay Chou 3

rumahkabin black

PETALING JAYA – Peminat Jay Chou dan penyokong Harimau Malaya berbalah di media sosial berikutan konsert artis dari Taiwan, Jay Chou, yang bakal berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 15 Januari ini.

Isu konsert berkenaan ketika ini sedang hangat diperkatakan netizen susulan peminat bola sepak tanah air marah dan kecewa apabila gagal mendapatkan tiket ke separuh akhir Malaysia menentang Thailand ditambah penantian peminat selama tiga tahun bagi kemunculan artis tersebut ke negara ini.

Sebuah video latihan pentas yang dimuat naik oleh Jay Chou di Instagramnya hari ini menarik perhatian apabila ramai netizen mula berbalah di ruangan komen artis tersebut.

Rata-rata mereka menyatakan konsert berkenaan harus diteruskan memandangkan sudah lama tertangguh manakala ada yang berpendapat ia tidak sepatutnya diadakan berikutan perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Thailand pada Sabtu ini.

“Sepatutnya ini bukan masalah dia (Jay Chou) pun, konsert dia sudah lama tertangguh sebab Covid-19, ini masalah pihak pengurusan,” kata lukabla.

“Ok Guys, bukan salah Jay Chou ayuh berangkat ke page SNBJ. Jom-jom untuk Jay Chou Fan, nikmatilah konsert anda dan minta maaf pada peminat bola sepak,” ujar Khairul.

“Terus teranglah, saya berbangsa Cina, tapi saya pun sokong Harimau Malaya, konsert memang tidak apa tetapi pentas ini tak perlu dibina terlalu awal, kita Malaysia kalau ada advantage mesti boleh menang lawan Thailand, soalan sekarang jangan ada pentas sekarang, habis bola suka hati la,” kata netizen lain.

Video yang dimuat naik Jay Chou itu kini mendapat 59,900 tontonan dan 3,828 komen. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link