Hartanah

Penumpang tumbuk, ludah kru kabin kerana mahu duduk di kelas perniagaan

wanita mengamuk

rumahkabin black

NEW DELHI – Seorang wanita berusia 45 tahun dari Itali ditahan selepas menyerang kru syarikat penerbangan Vistara Airline ketika dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Mumbai, lapor laman berita Wion News semalam.

Paola Perruccio, yang membeli tiket kelas ekonomi berkeras untuk duduk di kelas perniagaan sebelum menyerang seorang kru selepas dia dihalang.

Wanita itu didakwa menumbuk seorang kru kabin, meludah kru lain dan berjalan di dalam pesawat dalam keadaan separa bogel.

Selepas pesawat itu mendarat, Perruccio ditahan oleh polis Mumbai tetapi dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah Mumbai.

“Memandangkan kelakuan tidak terkawal yang berterusan dan tingkah laku ganas, kapten mengeluarkan kad amaran dan membuat keputusan untuk menghalang penumpang itu.

“Selaras dengan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kami yang ketat, agensi keselamatan di darat dimaklumkan untuk mengambil tindakan segera semasa ketibaan,” kata Vistara Airline dalam satu kenyataan rasmi.

Polis Mumbai turut memfailkan kertas pertuduhan terhadap penumpang itu dalam masa sehari selepas memfailkan kes terhadapnya.

Pemeriksaan perubatan turut dijalankan ke atas wanita itu sebelum didakwa di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan India. – Agensi

 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link