Hartanah

Perak FC gagal tebus kekalahan kepada Sri Pahang FC

fc

rumahkabin black

IPOH – Impian Perak FC menebus kekalahan 1-2 kepada Sri Pahang FC dalam saingan Piala FA lalu, tidak berjaya.

Sebaliknya Tok Gajah membuktikan kehebatannya dengan melanyak tuan rumah 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Jangkaan Perak FC mampu memberi saingan kepada lawan seperti dilakukan dalam pertemuan pertama meleset apabila Pahang mudah mematahkan gerakan mereka.

Kombinasi Obiozor-Seo Seonung nyata tidak efektif untuk merobek kubu lawan seperti dilakukan ke atas Kuching City FC, Ahad lalu.

Penguasaan anak buah Fandi Ahmad terserlah dan KPah Sherman akhirnya mudah menewaskan penjaga gawang, Tian Keat See pada minit ke-13.

Walaupun selepas itu, anak buah Datuk Lim Teong Kim mencuba bersungguh-sungguh tetapi gagal mencipta sebarang peluang menjaringkan gol.

Sebaliknya Tok Gajah yang berjaya melebarkan jurang apabila Stefano Brundo menjaringkan gol hasil lambungan bijak Sherman pada minit ke-37.

Dua minit kemudian episod kad merah terus mencengkam lebih 5,000 penonton tuan rumah apabila terpaksa beraksi kurang satu pemain selepas Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhan dilayangkan kad merah pada minit ke-39.

Pahang bagaikan hilang selera selepas itu menyaksikan tuan rumah terselamat daripada gempuran Tok Gajah.

Namun, Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nasri mematikan langkah Perak FC dengan menjadikan kedudukan Sri Pahang 3-0 melalui rembatan rendah yang menewaskan Keat See pada minit ke-73. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link