Pelaburan

PM Jepun cadang pecat pegawainya berhubung komen anti-LGBT

Fumio Kishida ap 4223

rumahkabin black





Fumio Kishida ap 4223
Perdana Menteri Fumio Kishida (kanan) berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memecat pembantu kanannya Masayoshi Arai (kiri) kerana kenyataan homofobianya. (Gambar AP)

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bercadang untuk memecat setiausahanya, Masayoshi Arai berhubung komen pegawainya itu yang dianggap diskriminasi terhadap golongan minoriti seksual, lapor Xinhua.

Arai, yang bertugas di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) dilaporkan mengeluarkan komen yang beliau “tidak mahu hidup berjiran dengan pasangan LGBT dan tidak suka melihat mereka”.

Arai berkata: “Jika perkahwinan sejenis diperkenalkan di Jepun ia akan mengubah cara masyarakat dan terdapat beberapa orang yang akan meninggalkan negara ini.

Pada Jumaat, beliau menarik balik kata-katanya itu dan mengemukakan permohonan maaf selepas komennya itu didedahkan oleh pihak media.

Arai berkata komen itu bukan mewakili kenyataan Kishida.

Beliau dilantik sebagai setiausaha eksekutif kepada perdana menteri pada Oktober 2021.





rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link