Poco kini dalam persediaan hadir dengan penawaran dua peranti pintar baharu yang dilengkapi sokongan rangkaian 5G terbina. Melaluinya Poco X5 Pro 5G dan Poco X5 5G bakal diperkenalkan secara rasminya pada 6 Februari 2023. Ini merupakan pelancaran global yang turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform rasmi Poco seperti Facebook, Twitter dan YouTube.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan menerusi laman rasmi. Namun ura-ura mengatakan cip Snapdragon 778G dan kamera utama 108MP akan digunakan pada Poco X5 Pro 5G. Sementara itu, Poco X5 5G pula mungkin dilengkapi cip Snapdragon 695 dan kamera utama 48MP. Selanjutnya skrin AMOLED 6.67-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz akan digunakan pada kedua-dua peranti. Kapasiti bateri pula boleh mencapai 5000mAh untuk pengalaman penggunaan lebih panjang.


Bagi melihat sejauh mana kebenaran segala maklumat tertiris ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link