Infotainment

Projek Kabel Dasar Laut China Selatan Tertangguh Kerana China Risau Dengan Risiko Intipan

SJC2 kabel bawah laut Jepun SIngapura

rumahkabin black

Terdapat beberapa projek kabel dasar laut yang telah diumumkan syarikat teknologi utama dunia seperti Meta dan Google. Menerusinya, sambungan internet yang lebih pantas merentas benua dapat dinikmati selain mengurangkan kesesakan. Setiap kali kabel terputus, sambungan internet akan terjejas. Sungguhpun kabel dasar laut membawakan kebaikan kepada semua pengguna, beberapa projek yang diumumkan sebelum ini telah terjejas kerana kerisauan kerajaan China.

SJC2 kabel bawah laut Jepun SIngapura

Menurut laporan Financial Times, projek kabel bawah laut yang merentasi Laut China Selatan kini tertangguh kerana China risau dengan risiko menjadi mangsa intipan. Permit untuk melakukan penerokaan berhampiran perairan Taiwan dan Hong Kong tidak diluluskan kerana China risau ia digunakan pihak tertentu untuk memasang peranti intipan.

Kabel SJC2 yang menyambungkan Singapura ke Jepun tertangguh lebih setahun kerana perlu melalui kawasan Hong Kong dan Taiwan. Menurut undang-undang maritim, permit memasang kabel dasar laut hanya perlu dimohon sekiranya berada dalam lingkungan 12-200 batu nautika perairan sesebuah negara. Tetapi China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan sebagai kawasan milik mereka sejak beberapa tahun yang lalu yang merumitkan proses ini.

Apa yang dilakukan China ini boleh dilihat sebagai cara menunjukkan kuasa mereka seperti mana Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan teknologi ke atas China. Sekatan dikenakan kerana China dituduh melakakun intipan ke atas A.S. Apabila gajah sama gajah bergaduh, rusa mati di tengah-tengah. Dalam alegori ini negara lain sekitar Asia Tenggaralah menjadi rusa yang terhimpit.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link