Infotainment

Qualcomm Menjadualkan Pelancaran Pemproses Baharu Pada 17 Mac – Mungkin Dibawah Siri Snapdragon 7

Qualcomm Baru 01

rumahkabin black

Jika sebelum ini tumpuan diberikan pada cip mercu Snapdragon 8 Gen 2, kini beralih pula pada produk baharu yang bakal diumumkan Qualcomm pada 17 Mac ini. Tapi persoalannya, apakah produk yang bakal diumumkan?

Poster rasmi turut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tidak kurang juga, ada yang mengaitkannya dengan khabar angin sebelum ini mengeni kewujudan cip baharu di bawah siri Snapdragon 7 sebagai pengganti kepada Snapdragon 7 Gen 1 yang diumumkan pada Mei lalu.

Qualcomm Baru 01
Qualcomm Menjadualkan Pelancaran Pemproses Baharu Pada 17 Mac – Mungkin Dibawah Siri Snapdragon 7 5

Cip ini tertiris dengan nama Snapdragon SM7475 yang dipercayai menggunakan binaan 4nm yang dihasilkan oleh TSMC bukannya teknologi Samsung seumpama Snapdragon 7 Gen 1. Untuk konfigurasi, ia dikatakan mempunyai teras utama Cortex-X2 berkelajuan 2.95GHz, tiga teras Cortex-A510 pada 2.5GHz dan empat teras Cortex-A710 pula yang mencapai 1.8GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU Adreno 725.

Tiada kepastian mengenai nama rasmi namun ianya mungkin dikenali sebagai Snapdragon 7 Plus Gen 1. Tetapi, sejauh mana kebenarannya? Sama-sama nantikan apakah kejutan disediakan Qualcomm pada acara kali ini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link