Hartanah

Radius pencarian Lans Koperal Edrin diperluas pagi ini

WhatsApp Image 2023 02 08 at 8.05.29 AM

rumahkabin black

MELAKA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memperluaskan radius pencarian seorang komando tentera darat yang dikhuatiri lemas sehingga lebih 10 batu nautika termasuk menggunakan aset udara akan disambung semula pagi ini.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, tindakan itu dibuat selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, Lans Koperal Edrin Daintin, 25,  menemui jalan buntu menyebabkan operasi pencarian dihentikan pukul 7.30 malam tadi.

“Saya juga telah menghubungi ibu pejabat bagi kebenaran menggerakkan aset helikopter dan pasukan penyelam untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang akan disambung pada pagi ini.

“Pencarian awal SAR telah dihentikan sementara pada pukul 7.30 malam tadi susulan jarak penglihatan yang semakin terhad dan faktor cuaca,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat SAR di Pengkalan Pernu, di sini, hari ini.

Ujarnya, meskipun operasi SAR dihentikan sementara oleh agensi penyelamat, namun usaha mencari masih diteruskan dengan bantuan komuniti nelayan yang berada di perairan tersebut.

Kosmo! malam tadi melaporkan mangsa yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor hilang dalam keadaan memakai pakaian kursus serta peralatan menyelam di Pulau Undan, Merlimau. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link