Pelaburan

Rakyat sukar jika kerajaan tak benar keluar KWSP, kata Muhyiddin

FMT KWSP EPF 03

rumahkabin black


FMT KWSP EPF 03
Muhyiddin Yassin berkata ketika menjadi perdana menteri beliau membenarkan pengeluaran KWSP selain moratorium pinjaman bank untuk mengurangkan beban rakyat.

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin berkata kebanyakan rakyat akan terus berdepan kesukaran jika kerajaan tidak membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar seperti didesak pelbagai pihak.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mempersoalkan ketiadaan langkah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelesaikan masalah utama seperti kos sara hidup.

Beliau berpandangan ada beberapa perkara wajar diputuskan segera tanpa membabitkan dana kerajaan seperti membenarkan pengeluaran simpanan KWSP secara bersasar.

“Ada pihak membahaskan jika wang KWSP dikeluarkan, pencarum akan berhadapan masalah pada masa depan.

“Ia betul tetapi perkara itu soal kedua dan sekiranya kerajaan tidak lakukan perkara itu, rakyat akan terus berdepan kesukaran sedangkan mereka ada simpanan yang boleh diguna,” katanya menurut Berita Harian.

Muhyiddin berkata, ketika menjadi perdana menteri beliau membenarkan pengeluaran KWSP selain moratorium pinjaman bank untuk mengurangkan beban rakyat berdepan kesan Covid-19.

“Kenapa kerajaan sekarang tidak boleh teruskan perkara itu bagi membantu rakyat,” katanya.

Pelbagai pihak meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bersasar khususnya untuk mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, Anwar pada 9 Feb lalu dilaporkan berkata kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran KWSP lagi, sebaliknya akan mencari mekanisme lain tanpa memberi kesan kepada simpanan hari tua rakyat.



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link