Hartanah

Ramai calon layak jadi MB Selangor selain Azmin

WhatsApp Image 2022 02 09 at 17.43.10 1

rumahkabin black

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor masih mempunyai ramai calon  yang layak untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bendahari Pas, Iskandar Abdul Samad berkata, ia bukan menamakan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semata-mata untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini.

“Bagi saya, masih terlalu awal untuk menamakan calon Menteri Besar setakat ini dan masih ada ramai calon-calon lain yang juga layak dalam PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi PRN nanti.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor yang juga Ketua Bahagian Tanjong Karang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi dipetik berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini namun, keputusan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, mana-mana parti PRN perlu menamakan calon Menteri Besar dan barisan Exco bagi penilaian pengundi.

“Pengundi akan memilih calon berdasarkan merit dan terdapat parti yang jahil terhadap faktor mempengaruhi pengundi membuat pilihan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link