Hartanah

Ratusan alat mainan seks dirampas KDN

Nik Yusaimi kanan

rumahkabin black

PUTRAJAYA – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 1,000 alat mainan seks bernilai lebih RM115,000 di sebuah rumah di Kota Warisan, Sepang pada 19 Disember lalu.

Setiausaha Bahagian PKK, Nik Yusaimi Yussof berkata, rampasan itu membabitkan 25 jenis alat mainan seks termasuk alat kemaluan lelaki, alat kemaluan wanita, patung dan ‘vibrator’.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 57 tahun dan suspek telah pun dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada 2 Februari lalu dan mengaku bersalah.

“Suspek telah dihukum denda sebanyak RM5,000 dan disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan kemoralan dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan disebabkan mengedar atau menjual barang-barang lucah,” katanya pada sidang akhbar Ops Maya di sini, hari ini.

Nik Yusaimi berkata, siasatan mendapati, suspek boleh mendapatkan keuntungan lebih RM300,000 daripada harga kos yang dijual.

Menurutnya, Ops Maya yang dijalankan ini bertujuan membanteras pengedaran, penjualan dan pembelian alat mainan seks yang dilarang kerana berlawanan dari segi moral dan budaya di negara ini.

“Operasi dilakukan berdasarkan risikan dan pemantauan yang dijalankan ke atas premis yang menumpukan sasaran jualan di seluruh negara melalui kaedah dalam talian.

“Rampasan dibuat hasil risikan selama sebulan dan alat mainan seks itu dipercayai di bawa masuk dari China juga Thailand serta dijual pada harga antara RM70 hingga RM1,000 seunit ,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link