Infotainment

Realme C55 Kini Rasmi Dengan Ciri Mini Capsule Dan Kamera 64MP

Realme C55 b

rumahkabin black

Realme C55 akhirnya dilancarkan secara rasminya di Indonesia hari ini. Antara ciri menarik yang disokong oleh peranti ialah ciri Mini Capsule terbina yang membolehkan pelbagai informasi penting diakses dengan mudah. Ini termasuklah makluman mengenai bateri, status pengecasan telefon, penggunaan data masa nyata dan kiraan langkah harian.

Selain daripada itu, ia juga diiklankan sebagai peranti Realme C terawal dengan kamera utama 64MP. Di samping turut menyokong sistem pengecasan pantas 33W. Fungsi NFC juga diberikan pada peranti yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dan mengakses perkhidmatan pengangkutan awam dengan cepat serta mudah.

Realme C55 Kini Rasmi 1
Realme C55 Kini Rasmi Dengan Ciri Mini Capsule Dan Kamera 64MP 10

Untuk lebih khusus, Realme C55 didatangkan dengan skrin IPS LCD FHD+ 6.72-inci yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G88 sebagai tunjang utama yang digabungkan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dengan sistem pengecasan 33W yang diiklankan mampu dicas semula mencapai tahap 50% dalam hanya 29 minit.

Realme C55 c
Realme C55 Kini Rasmi Dengan Ciri Mini Capsule Dan Kamera 64MP 11

Peranti ini juga dilengkapi sensor 64MP (utama) + 2MP (kedalaman) yang dipadankan dengan kamera swafoto 8MP. Sebagai tambahan, ia juga menjalankan antaramuka terkini Realme UI 4.0 berasaskan Android 13 yang turut memuatkan sistem imbasan cap jari sisi dan pembesar suara dengan sokongan Ultra Volume Mode yang membenarkan tahap audio ditingkatkan mencapai tahap 200%.

Realme C55 dijual pada harga Rp2.499.000 (~RM728) dengan dua pilihan warna seperti Rainy Night dan Sunshower. Peranti juga didapati telah melepasi pensijilan SIRIM sebelum ini yang memberi gambaran pelancarannya di Malaysia boleh didadakan dalam masa terdekat.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link