Infotainment

Reddit Menamatkan Ciri Seakan Clubhouse Mereka, Reddit Talk

Reddit Talk 01

rumahkabin black

Beberapa tahun lalu, Clubhouse telah mencipta nama sebagai platform perbualan audio untuk orang ramai berbincang mengenai sesuatu topik, meluahkan perasaan dan banyak lagi. Populariti platform ini membuatkan Facebook, Twitter, Reddit dan banyak lagi hadir dengan ciri lebih kurang sama seperti Rooms, Spaces, Reddit Talk dan turut ada daripada Amazon – Amazon Amp.

Namun kini, populariti platform perbualan audio telah berkurang dan ramai yang saya sendiri perhatikan tidak lagi aktif di Clubhouse. Twitter Spaces masih ada, tetapi tidak serancak tahun lepas dan sebelumnya.

Reddit Talk 01

Terkini, Reddit mengumumkan yang Reddit Talk ciri seakan Clubhouse yang mereka perkenalkan pada April 2021 akan ditamatkan pada 21 Mac. Reddit masih ingin mengekalkan ciri ini sambil mereka lekukan perubahan untuk menjadi lebih baik. Tetapi syarikat pihak ketiga yang mengendalikan Reddit Talk telah berhenti beroperasi dan Reddit secara sendiri tidak boleh menguruskan operasi ciri ini sepenuhnya.

Reddit Talk yang akan ditamatkan pada 21 Mac ini masih memberi pengguna kebebasan memuat turun audio sehingga 1 Jun nanti. Adakah anda masih gunakan ciri perbualan audio atau kini terus mendengar podsiar sahaja?

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link