Pelaburan

Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

WhatsApp Image 2023 01 30 at 11.38.36 AM

rumahkabin black

Bagi anda yang masih tidak tahu mengenai apakah itu kepercayaan ‘Feng Shui’ yang majoritinya diamalkan oleh masyarakat kaum berbangsa Cina ini, ia adalah sistem undang-undang semula jadi Cina Kuno yang seharusnya mengatur susunan perabot dan hiasan dalaman rumah mengikut aliran tenaga (Chi). 

Untuk maklumat anda, definisi untuk perkataan ‘Feng’ ia membawa maksud angin manakala ’Shui’ pula bermaksud air dalam bahasa Cina. Mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’ oleh masyakat kaum Cina, ruang kamar tidur adalah antara ruang yang paling penting dan harus diberikan keutamaan berbanding dengan ruang lain yang ada di dalam rumah. 

Ini kerana, masyarakat kaum Cina melihat dari sudut rutin kehidupan seharian manusia akan banyak meluangkan dan menghabiskan masa yang lebih di ruang kamar tidur. 

Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkongsi beberapa pantang larang di ruang kamar tidur mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’. Sebenarnya, ada beberapa pantang larang atau perkara yang tidak boleh anda lakukan di ruang kamar tidur. 

Antaranya, kedudukan katil seharusnya berada kedudukan di posisi yang dominan di ruang kamar tidur anda. Selain itu, bagi pemilihan perabot katil pula anda seharusnya menggunakan kepala katil yang direka dengan struktur bentuk yang padat dan tidak berlubang.

Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

Seterusnya pula, keadaan di bawah katil pula haruslah berada dalam keadaan yang sentiasa bersih dan bebas daripada segala habuk atau kekotoran. Bukan itu sahaja, barangan seperti kasut dan beg bagasi antara benda yang tidak sesuai untuk diletakkan di bawah katil.

Ini kerana, mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’, jika anda meletakkan barangan seperti ini di bawah katil, ia dipercayai boleh membuatkan anda berasa seperti sentiasa bergerak dan tidak berada di rumah ketika sedang tidur.

Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

Anda juga boleh menonton perkongsian selanjutnya mengenai pantang larang ini dengan menonton pautan video di bawah:

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

Baca artikel berikutnya: Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link