Tahun lalu adalah tahun yang menggembirakan kepada peminat cip Snapdragon dan peranti Samsung di Malaysia. Buat pertama kalinya dalam masa yang lama, peranti siri Galaxy S ditawarkan dengan cip Snapdragon sahaja dan bukan lagi Exynos yang kurang diminati ramai. Di pasaran Eropah dimana cip Exynos 2200 digunakan, pelbagai isu dilaporkan. Minggu ini kami bertemu dengan Dr. TM Roh yang merupakan CEO peranti mudah alih Samsung Mobile.

Dalam sesi meja bulat yang dilakukan bersama wartawan dari ASEAN, beliau mengesahkan Samsung masih belum mempunyai keputusan muktamad untuk meneruskan penggunaan cip Snapdragon atau kembali ke cip Exynos pada peranti mercu mereka di pasaran ini. Ini adalah kerana prestasi cip yang dihasilkan oleh Qualcomm dan Exynos sentiasa diteliti saban tahun.
Keputusan akhir mengenai penggunaan cip pada pasaran tertentu hanya akan dilakukan selepas prestasi cip diuji sepenuhnya. Beliau menegaskan keputusan akan diambil berdasarkan apa yang terbaik untuk pengguna. Dengan Samsung berjaya mengembangkan pengeluaran peranti mereka di Asia Tenggara pada tahun 2022, ini mungkin petanda pengguna rantau ini lebih meminati cip Snapdragon. Kepada peminat Exynos, cip khas untuk Galaxy sedan dibangunkan dengan ia akan tiba menjelang 2025.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link