Hartanah

Siaran EPL percuma masih di peringkat perbincangan

Gambar hiasan. 7

rumahkabin black

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung siaran bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) secara percuma di kaca televisyen.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk melihat keutamaan mengenai perkara itu sebelum membuat sebarang perancangan.

“Sebelum ini, kita bawa siaran langsung Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022. Bagi masa depan (perancangan), kita telah bertemu dengan penyelia rancangan bagi merancang pelaksanaan beberapa siaran sukan.

“Saya akan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan untuk melihat apa keutamaan kita. Daripada situ, kita akan rancang,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Perjumpaan Menteri Bersama Warga KKD Negeri Kelantan, di Radio Televisyen Malaysia Kelantan (RTM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan meneruskan janji Pakatan Harapan (PH) untuk mengadakan siaran percuma EPL pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atau sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, KKD bercadang membentangkan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) ke Parlimen susulan kes kebocoran data peribadi pengguna yang semakin membimbangkan.

Katanya, perkara berkenaan sedang diteliti sebelum memorandum dibawa kepada jemaah menteri berkaitan dan diharapkan dapat diselesaikan tahun ini.

“Cyber Security Malaysia (CSM) juga memainkan peranan sangat penting kerana mempunyai kepakaran untuk lakukan forensik digital selain melihat masalah keselamatan siber yang dihadapi.

“Sekiranya undang-undang itu dapat diperkukuh dan aspek keselamat dipertingkatkan, saya percaya banyak daripada masalah kebocoran (data peribadi) dapat diatasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link