Pelaburan

Sindiket edar dadah RM1.67 juta tumpas, polis tahan 14 individu termasuk warga asing

dadah bernama 16123

rumahkabin black


dadah bernama 16123
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis Johor berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah susulan penahanan 14 ahli sindiket termasuk seorang warga asing sekali gus merampas bahan terlarang bernilai RM1.67 juta dalam operasi khas, sepanjang bulan ini.

Mereka ditahan di beberapa lokasi sejak operasi dilancarkan pada 5 hingga 14 Januari lalu antaranya Kulai, Iskandar Puteri, Seri Alam dan Mersing.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata kesemua mereka ditahan berusia 21 hingga 48 tahun.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan kondominium ‘gated and guarded’ iaitu kawasan berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dadah serta membungkus dadah sebelum diedarkan.

“Seorang warga asing memakai sebuah kereta mewah yang turut ditahan dipercayai antara dalang sindiket ini. Bagaimanapun, kami sedang menyiasat untuk mengesan ketua sindiket dan kenal pasti rantaian sindiket ini,” katanya menurut Bernama.

Dalam serbuan itu, katanya, polis turut merampas 70,004 biji pil erimin 5; 54.7 gram syabu; 19 biji pil ekstasi; 3.7 gram heroin; 2.4 gram ketamin dan satu gram ganja.

Katanya, turut disita sebuah kereta mewah jenis Maserati bernilai RM300,000; pelbagai barang kemas bernilai RM44,441 dan seutas gam tangan bernilai RM45,000.

Beliau berkata, dadah dirampas itu dipercayai untuk edaran pasaran tempatan termasuk pusat hiburan.

“Kalau kita lihat jenis dadah yang dirampas seperti erimin 5, ia merupakan dadah penenang dan kebiasaannya digunakan untuk mereka yang berhibur di pusat hiburan,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati sembilan individu positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin serta mempunyai rekod lampau.

Beliau berkata kesemua 14 individu itu direman selama tujuh hari bermula 15 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link