PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), berjaya menyelamatkan lima nyawa di dalam sebuah terowong bawah runtuhan sebentar tadi, pada jam ke 129 misi mencari dan menyelamat (SAR) di Nurdagi, Gaziantep, berlangsung.
Menurut sumber, pergerakan mangsa di bawah runtuhan dikesan dan pasukan SMART, Nadma terpaksa menggali terowong sepanjang 8.5 meter tersebut untuk menyelamatkan mangsa-mangsa.
Lima mangsa tersebut merupakan dua perempuan dewasa, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan dan seorang lelaki dewasa.
Ketika mangsa lelaki dewasa tersebut diselamatkan, dia memaklumkan bahawa anaknya iaitu seorang bayi masih terperangkap di dalam terowong sama.
“Operasi di lokasi sama masih diteruskan kerana dipercayai masih ada lagi mangsa yang terperangkap di dalam terowong tersebut. Difahamkan mangsa keenam adalah seorang bayi.
“Kemungkinan ramai lagi akan ditemui dan khidmat K9 dan ‘electronic detection’ akan digunakan untuk kesan mangsa-mangsa lain yang mungkin masih ramai lagi terperangkap di dalam sana katanya,” – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link