Pelaburan

Splashmania Gamuda Cove buka 6 Februari ini

MGF02022023 SPLASH MANIA WATERPARK GAMUDA 7

rumahkabin black

BANTING – Taman Tema Splashmania yang dibangunkan Gamuda Land dengan keluasan 18 ekar akan dibuka kepada orang ramai bermula 6 Februari ini.

Ia merupakan taman tema air terbesar yang menawarkan 24 gelongsor dan 15 tarikan utama dengan beberapa daripadanya adalah pertama seumpamanya di Malaysia, termasuk gelongsor air realiti maya.

Selain itu, terdapat tiga tarikan menarik buat pengunjung iaitu Shaka Waka, Wild Rush dan Atlantis VR.

MGF02022023 SPLASH MANIA WATERPARK GAMUDA 16
Pengunjung mencuba salah satu gelongsor air pada pra-pembukaan Taman Tema Air SplashMania Gamuda Cove. Foto MUHD NA’IM, 02 FEBRUARI 2023.

Pengunjung yang datang  boleh mencuba gelongsor air Shaka Waka, gelongsor air yang dilengkapi dengan multimedia dan audio sepanjang 78 meter.

Bagi mereka yang gemar cabaran, mereka boleh menggunakan gelongsor air Wild Rush, iaitu gabungan gelongsor lengkung, titisan dan gelung pusaran yang mana pada penghujungnya mereka akan terjun ke dalam kolam sedalam 3.35 meter.

Sementara itu, Atlantis VR pula memberikan pengalaman yang mengasyikkan selain daripada gelongsor air biasa.

Difahamkan, pengungjung akan diberikan peranti realiti maya dan menikmati pengalaman  berbeza dengan memulakan perjalanan maya 250 meter melalui Lost City of Atlantis.

MGF02022023 SPLASH MANIA WATERPARK GAMUDA 23
Antara kolam tarikan pengunjung di Taman Tema Air SplashMania Gamuda Cove. Foto MUHD NA’IM, 02 FEBRUARI 2023.

Taman tema air itu turut dilengkapi dengan laluan sungai sepanjang 400 meter yang boleh dinaiki bersama kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh merasai pengalaman berada di kawasan ombak dan jakuzi.

Tiket-tiket bagi taman tema air itu dijual pada harga promosi bermula 6 Februari hingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket itu melalui aplikasi Android dan IOS dengan muat turun GL Play dengan mudah tanpa perlu beratur panjang di kaunter tiket. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link