Hartanah

Suspek pembunuh gabenor Filipina mati ditembak

suspek tembak

rumahkabin black

MANILA – Suspek kes pembunuhan seorang gabenor Filipina mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis kelmarin, manakala tiga yang lain diberkas, lapor laman berita Thaiger.

Gabenor wilayah Negros Oriental, Roel Degamo maut pada pagi Sabtu lalu di samping lapan yang lain akibat ditembak dalam serangan di kediamannya sendiri.

Enam lelaki bersenjata yang berpakaian seperti uniform tentera menyerbu kediaman Degamo dan melepaskan berdas-das tembakan.

Tanpa belas kasihan, mereka melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang dilihat, mengakibatkan 17 orang cedera manakala angka kematian kini adalah sembilan orang.

Polis bertindak pantas dengan menahan tiga suspek. Bagaimanapun, siasatan dilaporkan masih jauh daripada selesai.

Laporan turut mendedahkan bahawa dua daripada suspek yang ditahan merupakan bekas askar yang pernah dipecat daripada perkhidmatan beberapa tahun lalu.

Polis turut mengesahkan suspek keempat ditembak mati dalam pertempuran dengan pihak berkuasa di sebuah ladang tebu berhampiran, selain 10 orang lagi yang dipercayai terlibat dalam serangan itu masih bebas.

Degamo merupakan ahli politik yang disegani yang telah berkempen untuk Presiden Ferdinand Marcos ketika beliau merebut jawatan tersebut.

Marcos turut mengecam pembunuhan sekutunya itu dan telah mengerahkan pegawai-pegawai tertinggi untuk menyiasat kes tersebut. – Agensi 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link