Hartanah

Syamsul nafi dakwaan setubuh luar nikah, Ira nak saman Jawi

syamsul ira saman jawi

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah yang mengatakan dia sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, berkata, tuduhan yang dikeluarkan Sarah melalui kenyataan media kelmarin adalah tidak benar sama sekali dan perihal terbabit turut melibatkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah.

“Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.

“Dan, alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” katanya pada sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurut pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, tindakan undang-undang terhadap Jawi diambil berhubung siasatan persetubuhan luar nikah yang didakwa isteri pertamanya itu.

“Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga kami.

“Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya!” ujarnya tegas.

Selain itu, Syamsul melalui peguamnya dikenali sebagai Amar berkata, isteri kedua aktor itu iaitu Ira Kazar juga bakal mengenakan tindakan saman terhadap Jawi.

Semalam, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan memberitahu tuntutan dibuat bukan sebab mahu membalas dendam, sebaliknya menyelamatkan rumah tangga.

Dalam tuntutan nusyuz tersebut, Syamsul mendakwa isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.

Rentetan itu, Puteri Sarah pula membuat serangan balas apabila mendedahkan suaminya dan madunya Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23: Persetubuhan Luar Nikah. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link