Pelaburan

Tak perlu mansuh Tingkatan 6, STPM, kata Fadhlina

751c50b3 fw1289266 kl51 23022023 parlimen bn202302186821 lpr

rumahkabin black

Menteri pendidikan berkata, kewujudannya Tingkatan 6 dan STPM bertujuan memastikan pelajar mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa.

751c50b3 fw1289266 kl51 23022023 parlimen bn202302186821 lpr
Fadhlina Sidek berkata, semua universiti awam di Malaysia dan lebih 2,000 universiti di seluruh dunia mengiktiraf STPM.

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan memansuhkan pendidikan Tingkatan 6 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, Tingkatan 6 mencakupi peperiksaan STPM yang ditawarkan Kementerian Pendidikan (KPM) selaras Akta Pendidikan 1996 dan diberi jaminan ia mesti wujud serta diteruskan.

“Kewujudannya bertujuan pastikan murid peringkat menengah atas mendapat kualiti pendidikan setanding piawaian antarabangsa…STPM itu sendiri diiktiraf Cambridge Assessment International Education.

“Seluruh universiti awam di negara kita iktiraf kelulusan ini, malah lebih 2,000 universiti di seluruh dunia iktiraf sijil STPM. Jadi, lulusan Tingkatan 6 ini boleh lanjut pelajaran ke mana-mana saja dalam negara, luar negara, Amerika Syarikat, semua negara Komanwel dan juga Timur Tengah,” katanya pada sesi menggulung perbahasan usul titah diraja di Dewan Negara.

Terdahulu, pada sesi perbahasan usul titah diraja, Senator Dominic Lau mencadangkan kerajaan memansuhkan STPM dan menggantikannya dengan program matrikulasi.

Fadhlina berkata, pendidikan Tingkatan 6 mempunyai sasaran dan matlamat tersendiri berbanding program matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

“Tingkatan 6 ini bertujuan memberi akses seluas-luasnya pada lepasan menengah, pada murid, menerusi 643 pusat Tingkatan 6 pelbagai mod pembelajaran di seluruh negara.

“Malah, KPM juga akan luaskan Kolej Tingkatan 6 yang dirancang di Pahang, iaitu di Kolej Astana, Kuantan dan satu lagi di Sri Lipis, di samping pembinaan Kolej Tingkatan 6 di Kelantan yang telah lulus peruntukan pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.”

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link