Pelaburan

Taufan Gabrielle bakal melanda pulau utara New Zealand

banjir

rumahkabin black

WELLINGTON – New Zealand sedang menjalankan persiapan bagi menghadapi ribut yang akan mengakibatkan banjir.

Taufan Gabrielle dijangka melanda pulau utara negara ini mulai malam Sabtu.

Ia berpotensi membawa angin kencang dan hujan lebat.

Penduduk telah diberitahu untuk memastikan mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga hari.

Ribut itu muncul beberapa minggu selepas hujan lebat membanjiri bandar Auckland.

Puluhan ribu beg pasir telah diagihkan di sana berikutan kebimbangan kediaman lebih terdedah kepada banjir.

Tempat perlindungan pemindahan telah disediakan dan Air New Zealand, syarikat penerbangan kebangsaan telah membatalkan beberapa penerbangan domestik sebelum ketibaan taufan itu.

Sementara itu, di media-media sosial menunjukkan orang ramai berbaris panjang di pasar raya untuk membeli bekalan makanan sehingga rak kosong.

Media tempatan melaporkan wilayah paling utara New Zealand, Northland, sudah mula mengalami angin kencang.

Kedudukan Taufan Gabrielle telah diturunkan daripada ribut kategori tiga kepada dua.

Bagaimanapun, meteorologi telah memberi amaran bahawa taufan ini cukup kuat untuk merosakkan pokok dan talian elektrik dan hujan yang cukup boleh mengakibatkan banjir dan tanah runtuh lagi dalam beberapa hari akan datang. – Agensi

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link