Di dekad 80an, kapal selam kelas Typhoon milik Kesatuan Soviet menjadi popular selepas dipaparkan dalam novel The Hunt for Red October oleh Tom Clancy. Ia kemudiannya difilemkan yang meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai mengenai kapal selam yang terbesar pernah dihasilkan dalam sejarah dunia yang dari segi saiz lebih besar berbanding kapal pengangkut pesawat Perang Dunia Kedua.

Sebanyak enam Typhoon dibina tetapi kini tiada lagi yang beroperasi selepas kapal terakhir Dmitry Donskoy dinyahtauliah minggu ini oleh Tentera Laut Rusia. Kos operasi yang terlalu mahal serta tiada lagi keperluan untuk kapal selam gergasi dengan kemampuan melancarkan peluru berpandu nuklear balistik menyebabkan ia tidak lagi sesuai digunakan.

Yang menjadikan kapal selam Typhoon unik ialah ia satu-satunya yang mempunyai kolam renang untuk kegunaan anak kapal dan mempunyai tubuh berganda. Sebuah Typhoon juga mempunyai kapasiti peluru berpandu nuklear balistik yang mencukupi untuk menghapuskan tamadun manusia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link