Touch n Go eWallet boleh dikatakan sebagai salah satu peneraju dalam arena dompet digital. Pada hari ini, dompet digital ini mempunyai lebih 19 juta pengguna, dan sekitar 850,000 peniaga yang menerimanya. Ini sekaligus membawa kepada sekitar 160 juta transaksi berlaku melalui platform Touch n Go eWallet setiap bulan.

Bercakap berkenaan dengannya hari ini, CEO TNG Digital, Alan Ni mengatakan yang mana ramai salah anggap berkenaan Touch n Go dan juga Touch n Go eWallet. Syarikat Touch n Go asal adalah subsidiari milik penuh CIMB, sementara Touch n Go Digital yang mengguruskan “eWallet” merupakan syarikat usahasama pihak Touch n Go, Alipay, Lazada dan beberapa yang lain. Hal ini dikatakan turut membawa kepada pelbagai salah faham, termasuk melibatkan kad prabayar VISA baru-baru ini.

Menyentuh ringkas berkenaan fiasko yang melibatkan kad prabayar mereka, Alan Ni menyatakan pasukan mereka sedang melihat kepada beberapa teknologi dalam menjayakannya, termasuk keupayaan untuk menyertakan dua cip NFC dalam sebuah kad tambah menganggu gelombang. Namun, hal ini dijangka mengambil masa yang lama, dan tidak diketahui lagi keberhasilannya. Beliau turut menyatakan TNG tiada perancangan menjenamakan semula berkenaan produk berkenaan, memandangkan kos yang terpaksa ditanggung. Mungkin mereka akan melihat kepada arena dalam mendidik pengguna berkaitan dengan fungsi kad tersebut.
Touch n Go eWallet hari ini berjaya mengimplementasi 5 langkah keselamatan dan sekuriti pada dompet digital mereka – setara dengan pelbagai bank-bank tempatan, selari arahan BNM pada penghujung tahun 2022 lepas. Touch n Go eWallet dengan bangga mengatakan mereka merupakan satu-satunya dompet digital yang mengambil langkah implementasi ini, mengambil kira keselamatan kewangan serta memberi keyakinan kepada pengguna.

Dengan langkah ini, TNG mengimplementasi TapSecure sebagai ganti kepada penggunaan OTP SMS, selain memperkenalkan tempoh bertenang untuk penambahan peranti baharu, dan pengenalan talian kecemasan khusus untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah dengan perkhidmatan. Pengguna boleh melakukan panggilan ke talian +603-5022 3888 dan memilih “4” sekiranya berlaku sebarang penipuan atau kecurian.
TNG eWallet turut diposisikan sebagai pendokong agenda kerajaan, memandangkan ia merupakan satu-satunya dompet digital yang menyokong pemberian dana dibawah program eTunai, ePenjana, eBelia dan juga ePemula.
Bergerak ke hadapan, kini dengan selesai misi menambah baik dan mengimplementasi semua langkah sekuriti selari institusi kewangan yang lain, pihak TNG ingin memfokuskan kepada khidmat kewangan dalam memudahkan pengguna.

Menurut Alan Ni, TNG eWallet bakal memperkenalkan ciri ganjaran pada dompet digital mereka. Ini berbeza dengan kerjasama Fave sebelum ini. Dengan transaksi menggunakan TNG eWallet, pengguna dijangka diberikan mata ganjaran, yang kemudiannya boleh ditebus kepada beberapa perkara. Pada hari ini, Grab menawarkan ciri mata ganjaran untuk menggunakan dompet digital mereka. Tidak diketahui lagi sama ada TNG eWallet akan mengimplementasi dalam bentuk sama, atau turut menyertakan ciri seperti pulangan wang tunai dan lain-lain.
Disamping itu, TNG eWallet juga bakal perkenal ciri pinjaman atau kredit, seumpama perkhidmatan BNPL yang lain. Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan duit terlebih dahulu tanpa tambah-nilai, dan seterusnya membayar kepada TNG eWallet pada penghujung bulan.
Selain kedua-duanya, TNG eWallet akan hadir dengan fungsi “duit raya” pada bulan Aidilfitri kelak, bagi memudahkan pemberian duit raya pada era digital kini.
Untuk tahun ini, terdapat beberapa perkara lain lagi dirancang oleh Touch n Go eWallet, tetapi mereka akan memfokuskan kepada sokongan kredit dan ganjaran terlebih dahulu. Pada tahun 2023 ini, TNG eWallet menyasarkan untuk terus menerajui arena dompet digital, dan memacu masyarakat ke arah gaya hidup nirtunai.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link