Elon Musk sudahpun mengesahkan Twitter tidak akan lagi mengekalkan status verified kepada mereka yang tidak melanggan kepada Twitter Blue. Syarikat dan jenama yang kini diberikan status verified dengan logo emas dan avatar berkotak kelak perlu membayar kepada Twitter sekiranya ingin terus menikmati ciri eksklusif ini.

Menurut laporan The Information, Twitter akan meminta syarikat dan jenama membayar $1000 sebulan untuk mengekalkan status Verified mereka. Kemudian untuk setiap kakitangan yang ingin disahkan identitinya, bayaran $50 sebulan pula akan dikenakan. Twitter perlu membayar faedah yang tinggi selepas pembelian oleh Elon. Oleh sebab itu wang perlu dijana dengan segera.
Selain Twitter Blue, syarikat turut akan mengenakan bayaran bulanan untuk mengakses API yang selama ini boleh diakses secara percuma. Selepas 8 Februari, akses kepada API percuma akan dihentikan. Sistem log masuk perkhidmatan lain, butang berkongsi, bot dan pelbagai perkhidmatan pihak ketika untuk Twitter akan terhenti selepas tarikh tersebut.
Sebelum itu Twitter mematikan akses API kepada klien Twitter pihak ketiga menyebabkan aplikasi popular seperti Tweetbot berkubur. Yang pasti dalam keghairahan Twitter ingin menjana pendapatan dengan segera, ia mungkin akan mendatangkan impak negatif kerana kelihatan tamak. Laman media sosial lain tidak mengenakan bayaran untuk sistem pengesahan identiti jenama dan syarikat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link