Infotainment

Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis

Infinix Note 12 2012 Edited 11

rumahkabin black

Kewujudan Infinix Note 12 2023 memberi gambaran bahawa pengguna sebenarnya tidak perlu rabak poket semata-mata untuk mendapatkan peranti yang menarik. Dengan harga jualan di bawah RM1000, Infinix berjaya memuatkan beberapa hal yang sepatutnya ke dalam peranti ini bagi menjadikannya menarik dalam kelas tersendiri. Jadi apakah yang menarik diberikan, begitu juga dengan kekurangan? Teruskan membaca.

Infinix Note 12 2012 Edited 11
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 31

Spesifikasi

Infinix Note 12 2023
Skrin6.7-inci AMOLED
FHD+ (1080 x 2400 piksel), 60Hz
Nisbah aspek 20:9 (~393 ppi)
PemprosesMediatek Helio G99 (6nm)
Cip4 x 2.2 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Cip GrafikMali-G57 MC2
RAM8GB RAM
Muatan Dalaman128GB UFS2.2
Kamera Utama50 Megapixel (utama)
2 Megapixel (makro)
Kamera Swafoto16 Megapixel
Bateri5000mAh
Pengecasan Berwayar 33W
SIM/TelefoniDwi SIM nano / MikroSD
NFCYa
Bicu AudioAda
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM799 (6GB/128GB)

Infinix Note 2023 mempunyai panel belakang sejenis plastik bersama bingkai aluminium yang teguh. Jika diteliti dengan baik anda akan perasan terdapat dua kemasan berbeza yang digunakan pada panel belakang peranti ini. Hampir keseluruhan peranti dilengkapi dengan kemasan pusam dan bertekstur, lantas membuatkan peranti selesa di tangan walaupun agak berat. Kemasan sebegini juga mampu mengelakkan isu panel belakang dipenuhi kotoran cap jari atau peluh.

Infinix Note 12 2012 Edited 7
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 32

Ini dipadankan pula dengan sebahagian kecil kemasan yang berkilat berhampiran dengan bonggol kamera. Inilah bahagian yang paling menonjol pada peranti kerana rekaannya yang besar dan tebal. Akibatnya isu peranti tidak boleh diletakkan secara rata pada permukaan meja boleh ditemui di sini. Bukan itu sahaja, ia turut menimbulkan ketidakselesaan sewaktu berada di dalam poket seluar. Ia juga memuatkan sistem tri-kamera bersama lampu LED Flash memanjang yang mana prestasinya akan kongsikan di bahagian kamera.

Infinix Note 12 2012 Edited 3
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 33

Selanjutnya skrin peranti adalah cukup besar dengan saiz 6.7-inci dari keluarga AMOLED dan beresolusi FHD+. Rekaan skrin pada Infinix Note 2023 juga agak retro apabila masih menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil bukannya berlubang untuk peletakan kamera hadapan. Namun pujian masih diberikan kepada Infinix kerana berani memberikan panel AMOLED pada sebuah peranti bajet.

Infinix Note 12 2012 Edited
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 34

Kesemua ini kombinasi tepat untuk pengalaman tontonan video kegemaran dengan paparan yang luas dan cantik. Penghasilan semula warna juga tampak bermaya dengan teks dan imej yang tajam. Skrin juga cukup terang untuk kegunaan di kawasan yang tertutup tetapi tidak begitu baik di bawah cahaya matahari secara langsung. Pengalaman ini bertambah baik apabila skrin adalah sejenis rata dengan bezel yang agak nipis, cuma ia tidak sekata dengan kewujudan dagu yang tebal.

Infinix Note 12 2012 Edited 2
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 35

Seterusnya sokongan kadar segar semula yang terhad kepada 60Hz juga menjadi kekurangan paling ketara. Tambahan pula apabila peranti ini diiklankan sebagai telefon permua bajet, maka secara tidak langsung. Secara peribadi kami merasakan peranti masih selesa sahaja digunakan tanpa isu yang kritikal meskipun ianya bukanlah skrin yang terbaik dalam kalangan pesaing setara di pasaran. Panel juga menyokong HDR tetapi tidak boleh digunakan untuk Netflix tetapi hanya terhad pada aplikasi YouTube.

Infinix Note 12 2012 Edited 4
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 36

Butang kuasa dan laras audio boleh ditemui pada sisi kanan. Butang kuasa ini turut berfungsi sebagai sistem imbasan cap jari untuk tujuan sekuriti pada peranti. Komen perlu kami berikan pada binaannya yang seakan tidak kelihatan, tetapi masih selesa untuk ditekan bersama tindak balas yang baik.

Begitu juga dengan prestasi imbasan cap jari padanya yang boleh menyahkunci peranti dalam masa singkat. Sisi kiri pula menempatkan ruang talam dwi-SIM yang turut menyediakan sokongan kad mikro SD. Di saat ramai pengeluar hari ini yang mula membuang ciri tersebut, tetapi Infinix lebih memilih untuk menyertakan bagi memberi ruang tambahan pada peranti.

Infinix Note 12 2012 Edited 8
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 37

Kewujudan bicu audio 3.5mm juga boleh ditemui, sekaligus memudahkan pengguna yang masih bergantung dengan fon telinga jenis berwayar. Ianya diletakkan di bahagian bawah peranti yang turut diapit dengan port USB-C, lubang mikrofon utama dan pembesar suara stereo. Sokongan NFC turut disokong pada peranti ini yang semestinya berguna untuk beberapa perkara. Namun ia tidak pula melepasi sebarang penarafan kalis air untuk pelindungan tambahan. Begitu juga dengan tiadanya sokongan pengecasan nirwayar tetapi boleh dimaafkan memandangkan ia hanya peranti bajet.


Perisian & Penanda Aras

Infinix Note 2023 didatangkan dengan sistem operasi XOS 10.6 yang dibina berasaskan Android 12. Ia kelihatan ringkas dengan kebolehan mengkostumasi tema ikut kehendak pengguna. Seterusnya terdapat juga beberapa ciri dan fungsi menarik lain seperti mod tetingkat terapung untuk kebolehan mengakses aplikasi dengan mudah dan pantas, Ia juga menyediakan sokongan RAM maya sehingga 3GB menerusi ciri MemFusion. Fungsi AI MemFusion pula mampu mengawal aplikasi latar scara bijak bagi meningkatkan pengalaman penggunaan.

ulasan Infinix Note 12 2023 30
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 38
ulasan Infinix Note 12 2023 32
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 39

Terdapat juga mod permainan terbina, namun kebolehannya sekadar asas seperti rakaman skrin, membersihkan ruang memori, menolak panggilan masuk dan menyembunyikan notifikasi sekiranya perlu. Selanjutnya kewujudan pelbagai aplikasi gendut juga sedia dimuat-turun tetapi kebanyakannya boleh sahaja dinyahapasang dengan mudah. Anda juga akan perasan terdapatnya iklan serta pemberitahuan sering muncul. Mujur ia masih boleh disekat seandainya terlalu mengganggu.

ulasan Infinix Note 12 2023 33
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 40
ulasan Infinix Note 12 2023 31
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 41

Cip MediaTek Helio G99 digunakan sebagai tunjang utama sekaligus menjadikannya sebuah peranti yang terhad dengan sokongan 4G LTE. Ini dipadankan pula dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB terbina, pada masa sama terdapat juga ruang tambahan menggunakan kad mikroSD sehingga 256GB sekiranya masih tidak mencukupi.

Berdasarkan ujian penanda aras yang dibuat, peranti ini mencatatkan sebanyak 377,936 mata di dalam AnTuTu 3D, sementara itu ujian Geekbench pula sebagai 557 mata untuk satu teras dan 1833 mata pelbagai teras.

  • Geekbench 6 – 577/1833
  • Antutu 3D – 377,936
Infinix Note 12 2012 Edited 9
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 42

Pengalaman penggunaan adalah baik secara umumnya, di mana peranti berfungsi dengan lancar tanpa isu yang kronik untuk sejumlah besar kegunaan harian. Tatalan pula sekadar baik-baik sahaja dan tiada masalah peranti atau aplikasi yang gagal berfungsi secara tiba-tiba. Ini termasuklah sewaktu digunakan untuk melayari we dan menjalankan aplikasi media sosial.

Seterusnya Infinix juga berkolaborasi dengan permua MLBB pada peranti ini justeru bukan hal yang mengejutkan jika permua berkenaan boleh dimainkan pada tetapan tertinggi bersama kadar bingkai konsisten. Namun berbeza pula ceritanya dengan permua lain seperti Genshin Impact dan Asphalt 9 yang sekadar seronok dimainkan pada tetapan sederhana serta rendah.


Kamera & Kualiti Gambar

Kamera utama Inifnix Note 12 2023 menggabungkan dwi-kamera 50MP + 2MP kedalaman. Ini dipadankan pula dengan sensor 8MP yang digunakan bagi tujuan swafoto. Ia juga boleh mengambil video pada resolusi 1080P/30fps, sementara itu nisbah gambar pula boleh ditangkap pada 1:1, 4:3 dan penuh. Selanjutnya pratetapan kamera adalah asas tetapi mudah untuk digunakan. Sistem zum perlu dilakukan secara manual dengan menyentuh pada skrin tanpa akses pantas diberikan. Ini sekaligus menimbulkan kesukaran penggunaan dalam kalangan pengguna untuk mengakses.

ulasan Infinix Note 12 2023 1 1
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 43
ulasan Infinix Note 12 2023 25
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 44
ulasan Infinix Note 12 2023 21
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 45
ulasan Infinix Note 12 2023 17
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 46
ulasan Infinix Note 12 2023 16
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 47
ulasan Infinix Note 12 2023 19
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 48
ulasan Infinix Note 12 2023 23
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 49

Secara umumnya, prestasi adalah baik dalam pencahayaan yang cukup. Ianya tajam dan cerah dalam situasi pencahayaan yang memuaskan. Tetapi tidak konsisten apabila sesetengah keadaan menunjukkan hasil gambar dengan warna yang terlalu tepu. Seterusnya turut berlakunya penghasilan warna juga menjadi tidak bermaya untuk sesetengah situasi. Gambar dalam pencahayaan rendah pula memberi hasil yang sederhana, di samping Infinix turut menawarkan mod malam terbina pada aplikasi kamera.

Hasilnya juga mungkin tidak sempurna tetapi masih boleh diterima untuk peranti dengan julat harga sebegini. Sedikit suntingan diperlukan bagi menjadikannya kelihatan menarik untuk perkongsian di Instagram misalnya. Kebolehan zum pula kesemuanya secara digital sehingga 10X, tetapi gambar yang baik hanya dihasilkan pada 2X zum sahaja. Selebihnya memberikan hasil yang kurang senonoh untuk dilihat. Kamera makro 2MP pula tidak ada yang istimewa dengan hasil yang kurang memuaskan.

ulasan Infinix Note 12 2023 15
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 53
ulasan Infinix Note 12 2023 22
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 54
ulasan Infinix Note 12 2023 888
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 55

Ketahanan Bateri

Salah satu tumpuan utama Infinix pada peranti ialah gabungan bateri besar dengan pengecasan berwayar yang pantas. Melaluinya kapasiti bateri 5000mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 33W yang boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Tiada masalah bateri bertahan lebih sehari suntuk bagi kegunaan yang sederhana dan ringan. Tetapi penggunaan berat sepanjang hari pula mencatatkan bacaan SOT mencapai 7 jam lamanya. Ia melibatkan sejumlah besar kegunaan aplikasi harian yang bergantung pada sambungan LTE dan Wi-Fi. Namun ketahanan juga sebenarnya masih bergantung pada penggunaan masing-masing.


Peranti Pesaing

Infinix Note 12 2023Oppo Reno8T 4GRealme 10 4G
6.7-inci AMOLED
FHD+ (1080 x 2400 piksel),
60Hz (~393 ppi)
6.4-inci AMOLED,
FHD+ (1080 x 2400 piksel)
90Hz (~409 ppi)
6.4-inci AMOLED
FHD+ (1080 x 2400 piksel)
90Hz (~411 ppi)
Mediatek Helio G99 (6nm)
4 x 2.2 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Mediatek Helio G99 (6nm)
4 x 2.2 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Mediatek Helio G99 (6nm)
4 x 2.2 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Mali-G57 MC2Mali-G57 MC2Mali-G57 MC2
8GB RAM
128GB ROM
8GB RAM
256GB ROM
8GB RAM
256GB ROM
50 Megapixel (utama)
2 Megapixel (makro)
100 Megapixel (utama)
2 Megapixel (makro)
2 Megapixel (kedalaman)
50 Megapixel (utama)
2 Megapixel (makro)
16 Megapixel16 Megapixel32 Megapixel
Bicu AudioTiada bicu audioBicu audio
Audio stereoAudio stereoAudio stereo
5000mAh
Pengecasan 33W
5000mAh
Pengecasan 33W
5000mAh
Pengecasan 33W
RM799 (8GB/128GB)RM1399 (8GB/256GB)RM999 (8GB/256GB)

Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak Infinix Note 12 2023 di Malaysia:

  • 1 x Infinix Note 12 2023.
  • 1 x Kepala pengecas 33W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka silikon.
  • 1 x Manual.
  • 1 x Pencungkil SIM.

Kesimpulan

Seperti yang kami katakan dalam artikel ulasan Realme 10 4G sebelum, masih ada ruang untuk peranti 4G sebegini dalam era 5G. Tambahan pula masih ada segelintir daripada pengguna yang tidak begitu mementingkan 5G di dalam telefon pintar mereka. Disebabkan inilah, masih terdapatnya lambakan peranti 4G yang masih membanjiri pasaran pada ketika ini dan salah satu daripadanya ialah Infinix Note 12 2023. Ia menarik dalam kelasnya tanpa mengakibatkan pengguna pokai. Gabungan reka bentuk, skrin dan keupayaan multimedia yang memadai memberi nilai tambah pada peranti Infinix ini sendiri.

Infinix Note 12 2012 Edited 10
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 56

Kehilangan beberapa perkara seperti kamera ultra-lebar, penarafan kalis air dan pengecasan nirwayar masih boleh dimaafkan untuk sebuah peranti dalam segmen sebegini. Begitu juga dengan rangkaian 5G, sekali lagi kami katakan tidak semua antara kita benar-benar memerlukannya. Malahan Infinix cuba menggantikannya dengan beberapa elemen yang giat dibuang oleh pengeluar lain iaitu bicu audio 3.5mm. Ia juga mungkin bukan peranti kelas pertengahan yang terbaik, tetapi prestasi adalah memadai dengan harga jualannya tanpa perlu koyak poket. Bagi yang berminat, ia dijual di Malaysia dengan harga RM799.


Pro

  • Rekaan tegap dan selesa di dalam tangan.
  • Kombinasi RAM dan storan dalaman memadai.
  • Bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W.
  • Bicu audio 3.5mm & pembesar suara stereo.

Kontra

  • Tiada sokongan 5G.
  • Tidak kalis debu dan air.
  • Tiada pengecasan nirwayar.
  • Kadar segar terhad pada 60Hz.
Skor Infinix Note 12 2023 A
Ulasan – Infinix Note 12 2023 Menarik Tanpa Perlu Poket Menipis 57

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link