Infotainment

Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi

Ulasan Vivo X90 Pro 31

rumahkabin black

Tahun lepas, kami nobatkan Vivo X80 Pro sebagai peranti mercu ketiga terbaik sepanjang tahun 2022. Malah pada Hari Raya tahun lepas, peranti ini adalah peranti utama saya gunakan mengambil gambar sekeluarga. Vivo X90 Pro telah dilancarkan di Malaysia hari ini tetapi saya sudah menggunakannya dua minggu lebih awal untuk melakukan ulasan yang menyeluruh.

Adakah X90 Pro mampu menjadi peranti mercu terbaik tahun ini? Adakah Vivo akan mengulangi perkara sama, di mana selang seli setiap peranti siri X mereka kejap baik kejap tidak baik? Dalam artikel ulasan ini akan saya kongsi pengalaman dan pendapat saya menggunakan peranti ini. Serta saya turut akan menjawab persoalan, adakah peranti Android dengan harga iPhone iaitu hampir RM5000 utuk Vivo X90 Pro ini berbaloi untuk dimiliki?


Spesifikasi

Vivo X90 Pro
Skrin6.78″ LTPO AMOLED 2800×1260, 120Hz
HDR10+, ~453 ppi
PemprosesDimensity 9200 (4nm)
Vivo Imaging Chip V2
Cip1×3.05 GHz Cortex-X3
3×2.85 GHz Cortex-A715
4×1.80 GHz Cortex-A510)
Cip GrafikArm Immortalis-G715
RAM12 GB LPDDR5
8GB Memori maya
Muatan Dalaman256 UFS 4.0
Kamera Utama50 MP, 1″, f/1.75, OIS (Sudut Lebar)
50 MP, f/1.6, OIS (Telefoto, Zum Optikal 2x)
12 MP, f/2.0 (Sudut Ultra-Lebar)
4K 60p, Zeiss T*, Dwi-Gimbal
Kamera Swafoto32 Megapixel f/2.5
Bateri4870 mAh
Pengecasan berwayar 120W
Pengecasan nirwayar 50W
SIM/TelefoniDwi SIM nano / 5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanPengimbas jari bawah skrin
Harga JualanRM 4999 (12/256 GB)

Skrin

Spesifikasi skrin Vivo X90 Pro kelihatan lebih kurang sama sahaja dengan Vivo X80 Pro. Tetapi sebenarnya kualiti skrin telah direndahkan dari QHD+ 3200×1440 pixel kepada 2.5K 2800×1260 pixel. Sokongan lain seperti HDR10+, panel LTPO untuk 120Hz adaptif, dan lain-lain ciri tambahan dikekalkan. Rekaan skrin juga masih melengkung, di mana lengkungan pada peranti nampak aneh kerana mengganggu kandungan yang dipaparkan, tidak kira video, laman web atau aplikasi media sosial.

Ulasan Vivo X90 Pro 31
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 42

Walaupun begitu, kualiti skrin pada peranti ini masih lagi cantik dan mantap dan penukaran dari QHD+ ke 2.5K tidak dapat dilihat perbezaannya. Bukan itu sahaja, warna skrin juga adalah memuaskan kerana ia cukup tajam dan tahap kecerahan juga adalah sangat terang tidak kira di mana jua peranti ini berada. Menonton Netflix dan YouTube pada tetapan HDR tiada masalah dan memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan.

Ulasan Vivo X90 Pro 14
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 43

Kadar segar semula 120Hz pun pantas, dan tiada masalah lengah masa sepanjang penggunaan. Masalah lain pada skrin peranti adalah sensor ambien untuk kecerahan automatik tidak berfungsi dengan baik. Tetapi saya perlu terima kerana percaya, peranti yang digunakan adalah versi ulasan dan mengharapkan akan ada kemas kini diedarkan selepas pelancaran nanti.

Rekaan

Vivo X90 Pro tidak dinafikan nampak cantik dan mewah. Tetapi minta maaf Vivo, saya lebih sukakan rekaan Vivo X80 Pro kerana ia lebih mudah diletakkan di atas meja dengan rata dan kemasan kusam seakan kertas pasir pada model lepas lebih sedap dipegang. X90 Pro menggunakan kemasan kulit palsu dan bonggol kamera gergasi yang menjadikan peranti ini sukar diletakkan di atas meja dan turut sukar dikeluarkan dari poket kerana kerap tersangkut.

Ulasan Vivo X90 Pro 23
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 44

Walaupun dalam kotak sudah ada kerangka pelindung, ia masih tidak melindungi kamera ini dengan baik. Bukan itu sahaja, bonggol kamera gergasi ini turut menjadikan peranti berat di bahagian atas menjadikan tangan saya cepat lenguh dan penat mengendalikan peranti ini. Jalur berkilat “Xtreme Imagination” juga menghilangkan nilai premium pada peranti ini, kerana jika ini adalah peranti fotografi bukankah cukup sahaja dengan bonggol kamera gergasi yang memuatkan sensor 1-inci?

Ulasan Vivo X90 Pro 16
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 45

Semua butang aras suara dan kuasa berada di sisi kanan peranti dengan tiada apa-apa di sisi kiri. Di atas terdapat lubang mikrofon dan sensor infra merah, sementara di bawah terdapat kekisi speaker stereo, port USB-C, satu lagi lubang mikrofon dan slot kad SIM. Bahagian belakang, selain bonggol kamera dan jalur berkilat turut kelihatan logo Zeiss di bawah lampu LED flash dan di bahagian bawah peranti terdapat logo Vivo.

Ulasan Vivo X90 Pro 19
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 46

Tidak dinafikan kemasan kulit ini selesa dan memberi cengkaman, tetapi ia tidak memberikan nilai premium kerana sudah tahu ia adalah kulit palsu walaupun peranti sudah rasa cukup tegap, berat dan padat. Pada bahagian hadapan, skrin menggunakan rekaan melengkung serta ada lubang untuk kamera swafoto. Pengimbas cap jari bawah skrin turut disertakan pada peranti ini. Ia benar-benar pantas, tetapi lokasinya terlampau bawah menjadikan sukar untuk digunakan – lebih-lebih lagi dengan bahagian atas yang berat. Secara keseluruhan, Vivo X90 Pro menggunakan rekaan yang nampak premium seakan tubuh sebuah kamera SLR klasik.

Ulasan Vivo X90 Pro 03
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 47

Perisian

Saya yakin, jika anda dengar sahaja MediaTek pada sebuah telefon pintar Android pasti anda akan kutuk dan katakan banyak masalah. Jangan salah sangka, kerana MediaTek Dimensity 9200 pada X90 Pro ini adalah sangat berkuasa dan menghampiri cip Snapdragon 8 Gen 2. Malah tahun lepas, Asus ROG Phone 6D turut menggunakan Dimensity 9000 untuk peranti gaming mereka – jika Dimensity in tidak berkuasa kenapa ia menjadi pilihan pengeluar peranti?

Pada X90 Pro, peranti ini dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5 dan bukannya yang terkini LPDDR5X dengan sokongan memori maya 8GB RAM dan storan dalaman 256GB UFS 4.0. Cip grafik iaitu Arm Immortalis-G715 turut berkuasa dan membolehkan pelbagai permua grafik tinggi dimainkan dengan baik.

Funtouch OS 13 Vivo X90 Pro 01
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 48

Peranti ini menjalankan Funtouch OS 13 berasaskan Android 13. Dari versi 12 lagi, banyak elemen Android asli disertakan menjadikan peranti Vivo lebih menarik untuk digunakan. Contohnya ciri tema warna mengikut gambar latar, ciri sekuriti, sokongan kustomasi ikon Material You dan banyak lagi. Walaupun begitu, elemen Vivo tersendiri masih tidak dilupakan seperti sokongan widget yang dipinjam dari versi China – Origin OS. Funtouch OS juga tidak mempunyai susunan grid dan kustomasi yang menarik kerana Vivo ingin pengguna cuba menggunakan widget mereka yang tidak mesra pengguna global ini.

Walakin begitu, Funtouch OS masih menyertakan banyak ciri dan fungsi menarik seperti iManager untuk mengurus peranti, aplikasi kamera yang lebih Pro dengan kemampuan tatalan ke sisi atau ke atas untuk kawalan warna dan kecerahan, aplikasi galeri yang boleh menyunting video, kawalan aplikasi aktif terus dari talam notifikasi, widget suhu peranti, dan banyak lagi.

Funtouch OS 13 Vivo X90 Pro 02
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 49

Jovi Home turut dikekalkan sebagai alternatif kepada Google Discover, tetapi lebih padat dengan informasi seperti kualiti udara masa nyata, berita terkini dan tambahan widget. Perkara yang tidak boleh dimaafkan adalah ciri sekuriti yang mengambil kesempatan memaparkan iklan untuk gedung aplikasi mereka. Sudahlah harga hampir RM5000 tetapi memasang aplikasi dari Play Store turut memaparkan iklan, jika APK mungkin boleh dimaafkan kerana iklan mencadangkan pemasangan aplikasi dari sumber sahih.

Ulasan Vivo X90 Pro Iklan Funtouch
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 50

Vivo juga masih degil menggunakan aplikasi telefon dan SMS tersendiri, berbanding pesaing yang sudah menggunakan Google Phone dan Google Message. Semua peranti Android di tangan saya sekarang secara lalai menggunakan dua aplikasi ini, malah Samsung juga sama. Ini kerana versi Google adalah lebih baik dengan kemaskini terjamin, ciri sekuriti dan untuk aplikasi SMS yang kini menyertakan RCS menjadikan Vivo seakan Apple kerana tidak mahu menggunakan platform sedia ada.

Funtouch OS 13 memang sudah ke arah Android asli, mempunyai prestasi mantap, pengalaman penggunaan lebih seronok, tetapi degil kerana banyak menggunakan aplikasi tersendiri yang berat dan dipenuhi iklan yang menjengkelkan.

Prestasi Dan Penanda Aras

MediaTek sekali lagi membuktikan mereka telah berubah. X90 Pro yang menggunakan Dimensity 9200 bersama RAM 20GB (12GB + 8GB memori maya) LPDDR5 dan storan UFS 4.0 adalah benar-benar pantas. Penggunaan di dunia nyata tidak memberikan sebarang masalah. Permua grafik tinggi seperti Battlefield Mobile dan COD Mobile tiada masalah untuk dimainkan dengan lancar serta pengalaman yang memuaskan. Ketika bermain hampir satu jam, peranti juga tidak memanas.

Tetapi,pemanasan hanya berlaku selepas menggunakan kamera. Sensor 1-inci jelas sekali menggunakan kuasa yang banyak kerana selepas kurang lima minit kamera digunakan, peranti panas sehingga tidak selesa dipegang. Tambahan lagi pada Vivo, enjin haptik dan motor getaran sudah ditambah baik berbanding model-model lama kerana ia terasa lebih realistik

Ulasan Vivo X90 Pro 04
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 51

Skor penanda aras juga nampak memberangsangkan, walaupun masih tidak boleh menandingi Snapdragon 8 Gen 2, tetapi skor seperti biasa adalah nombor semata-mata dan penggunaan sebenar adalah lebih penting. Markah ujian penanda aras utama adalah seperti di bawah.

Geekbench 5

  • Vivo X90 Pro – 1376/4262
  • iQOO 11 5G – 1457/4702
  • Apple iPhone 14 Pro Max – 1875/5469

Antutu 3D

  • Vivo X90 Pro – 1,195,548
  • iQOO 11 5G – 1,248,937
  • Apple iPhone 14 Pro Max – 974,941

3D Mark Wildlife Extreme

  • Vivo X90 Pro – 3732
  • iQOO 11 5G – 3763
  • Apple iPhone 14 Pro Max – 3373
Skor Penanda Aras Vivo X90 Pro
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 52

Kamera

Konfigurasi kamera peranti ini merangkumi gabungan sensor 50MP 1″ f/1.75 Zeiss T* OIS, 50MP f/1.6 bukaan lensa 50mm 2x zum optikal, 12MP sudut ultra-lebar f/2.0 dan kamera swafoto 32MP f/2.45. Peranti turut menggunakan cip Vivo tersendiri iaitu Imaging Chip V2 untuk sokongan kamera lebih padu. Terdapat banyak mod kamera disertakan dalam aplikasi kamera yang mudah digunakan dan mesra pengguna.

Ulasan Vivo X90 Pro Aplikasi Kamera
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 53

Saya tidak pasti jika hanya saya seorang atau orang lain turut perasan, kualiti kamera Vivo setiap tahun bergilir dengan corak bermula X60 bagus, X70 kurang, X80 bagus dan saya rasakan X90 ini ada kurangnya. Mungkin kerana saya sedang menguji OnePlus 11 dengan Hasselblad yang saya tidak boleh ceritakan lagi pengalaman penggunaannya – tetapi mod potret X90 Pro tidak begitu kemas.

Peranti yang sudah ada OIS yang hebat ini perlu pastikan ia benar-benar stabil untuk ambil gambar potret yang baik. Kebaikan yang boleh saya puji adalah banyak mod Zeiss yang disertakan menjadikan setiap gambar yang diambil ada keunikan tersendiri, jika cara penggunaan adalah betul.

Vivo X90 Pro secara keseluruhan nampak baik sahaja, dengan warna yang tajam, hasil yang terang dan kemampuan mod malam antara yang terbaik setakat ini sekali lagi. Akan tetapi, kamera tidak memelihara butiran dengan baik dan masih berlaku masalah imej mempunyai kesan penuras lembut seakan mod kecantikan diaktifkan walaupun sebenarnya ia telah dimatikan.

Galeri Potret

Galeri Mod Malam

  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 35
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 34
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 27
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 26
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 12

Tetapi kebanyakan mod lain adalah sangat bagus dengan potret jalanan yang cantik dan sedap mata memandang. Penukaran mod biasa ke sudut ultra-lebar dengan warna yang konsisten, fokus yang pantas dan boleh berlagak seakan seorang jurukamera Pro. Cuma pada makro, ia tidak mempunyai kemampuan fokus yang menarik.

  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 12
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 18
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 20
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 10
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 03
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 05
  • Ulasan Vivo X90 Pro Kamera 01

Peranti turut mempunyai kemampuan mod Pro terbaik pernah saya lihat pada sebuah peranti Android. Sokongan Super RAW adalah yang paling memuaskan kerana imej mentah terus diambil dari sensor 1-inci dan memelihara butiran dengan sangat baik. Mod ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk menyunting imej dengan profil warna mengikut citarasa kerana ia tidak melalui pasca-proses peranti Vivo.

Vivo X90 Pro Super RAW scaledVivo X90 Pro Super RAW Disunting scaled

Kemampuan video juga berada di luar jangkaan dengan mod potret video dan mod malam yang cantik, seimbang, seakan iPhone. Vivo X90 Pro mungkin akan menghentikan dakwaan saya yang setiap tahun kemampuan kamera bergilir antara baik dan tidak.

Telefoni & GPS

Vivo X90 Pro mempunyai kualiti sambungan WiFi dan data mudah alih yang bagus sekali. Sambungan 4G tiada masalah dengan sokongan VoLTE serta VoWiFi. Peranti ini turut menyokong 5G, tetapi sepanjang tempoh ulasan ia tidak boleh diakses. Ketika artikel ditulis ia masih belum dalam senarai peranti yang disokong rangkaian 5GF DNB.

Kualiti panggilan telefon juga bagus sekali dengan suara yang jelas, lantang dan tiada gangguan hingar. Penggunaan GPS juga adalah memuaskan, dengan peranti dapat mengunci lokasi dengan pantas serta memberi arahan selok belok yang baik.

Audio

Sejak X80 Pro lagi, Vivo cuba menawarkan audio yang terbaik mereka boleh lakukan. Bagi yang tidak tahu, Vivo sebelum ini pernah berkecimpung dalam dunia audio dengan penawaran banyak produk audio profesional. Pada X90 Pro, peranti tidak menyokong Harman/Kardon atau Dolby Atmos, tetapi menggunakan Super Audio yang tersendiri serta HiFi. Kualiti audio pada peranti adalah sedap, seimbang, cukup kuat dan memberikan pengalaman pendengaran yang akhirnya memuaskan untuk sebuah peranti mercu Vivo.

Ulasan Vivo X90 Pro Fungsi Audio
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 62

Bateri

X90 Pro dimuatkan dengan bateri 4870mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W, peningkatan kepada 80W yang digunakan pada X80 Pro. Kadar pengecasan adalah sekitar 25 minit untuk 1% ke 100% dengan ketahanan bateri dalam penggunaan ringan boleh mencapai sehingga 6 jam 30 minit SOT, sementara penggunaan berat boleh mencapai hanya sekitar 4-5 jam SOT.

Ulasan Vivo X90 Pro 34
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 63

Tiada apa-apa ciri menarik untuk penggunaan bateri peranti. Tetapi, terdapat ciri pengecasan birwayar berbalik untuk mengecas TWS serta pengecasan nirwayar 50W yang tidak boleh digunakan kerana memerlukan pengecas khas yang saya tidak pernah nampak lagi Vivo jual di Malaysia.

Pesaing

Vivo X90 ProOnePlus 11iPhone 14 Pro Max
6.78″, AMOLED, QHD+, 120Hz, HDR10+6.7″ Super Fluid AMOLED, LTPO, QHD+, 120Hz, Dolby Vision, HDR10+6.7″ Super Retina XDR OLED, FHD+, Dolby Vision, 120Hz
Mediatek Dimensity 9200 (4nm)
1 X 3.05 GHz Cortex X2
3 X 2.5 GHz Cortex A710
4 X 1.8 GHz Cortex A510
Snapdragon 8 Gen 2 (4nm)
1x 3.2 GHz Cortex-X3
2x 2.8 GHz Cortex-A715
2x 2.8 GHz Cortex-A710
3x 2.0 GHz Cortex-A510
Apple A16 Bionic (4nm)
2 X 3.43 GHz Firestorm
4 X ? GHz Icestorm
Arm Immortalis-G715Adreno 740GPU 5 Teras
12GB LPDRR516GB LPDDR5X6GB LPDDR5
256 GB UFS 4.0256GB UFS 4.0128/256/512/1000 GB NVMe
Kamera Utama
50 MP, 1″, f/1.75, (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/1.6, (Telefoto, 2x Zum Optikal), OIS
12 MP, f/2.0 (Sudut Ultra-Lebar)
4K 60p, Zeiss T*
Kamera Utama
50MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
32MP, f/2.0, (Telefoto)
48MP, f/2.2 (Sudut Ultra-Lebar)
Hasselblad Camera for Mobile, XPan Mode
Kamera Utama
48MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
12MP, f/2.8 (Telefoto 3X Zum Optikal), OIS
12MP, f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
Kamera Hadapan
32-Megapixel
Kamera Hadapan
16-Megapixel
Kamera Hadapan
32-Megapixel
IP68IP68IP68
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
4870 mAh (Berwayar 120W)5000mAh (Berwayar 100W)4323mAh (Berwayar 20W)
RM 4999 (12/256 GB)Sekitar RM3200, di ChinaHarga bermula RM 5799

Apa ada dalam kotak?

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima.

  • 1x Vivo X90 Pro
  • 1x Kerangka silikon lutcahaya.
  • 1x Pengecas tiga pin 120W.
  • 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C.
  • 1x Pin SIM.

Kesimpulan

Seperti yang saya katakan pada pandang pertama, Vivo X90 Pro memang ada potensi untuk menjadi peranti fotografi tahun ini. Tetapi tahun ini, ada OnePlus 11 dengan Hasselblad dan mungkin Xiaomi 13 Pro dengan Leica masuk ke pasaran Malaysia. Ini menjadi pencabar baharu kerana tahun lepas, peranti Android dengan kerjasama jenama kamera yang kami uji hanyalah Vivo X80 Pro. Kamera sudah padu, prestasi memang hebat, tetapi perisian sahaja sedikit sendu.

Ulasan Vivo X90 Pro 32
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 64

Harga jualan di Malaysia ialah RM4,999 yang adalah agak tinggi. Jika anda inginkan telefon Android dengan kemampuan fotografi profesional seperti kemampuan Super RAW, potret Zeiss dan video bokeh yang baik ini peranti untuk anda. Tetapi jika anda hanya ingin peranti dengan kamera baik, prestasi sama – Vivo X90 juga cukup baik dengan harga jualan murah RM1300 iaitu RM3699.


Pro

  • Skrin yang cantik setanding peranti mercu.
  • Cip Dimensity 9200 terbukti berkuasa.
  • Sokongan pengecasan 120W yang pantas.
  • Kamera Zeiss dengan mod potret mantap.
  • Kalis air IP68.

Kontra

  • Skrin melengkung masih mengganggu.
  • Pengimbas cap jari agak rendah.
  • Bonggol kamera terlampau besar dan berat atas.
  • Funtouch OS dipenuhi iklan.
Skor Ulasan Vivo X90 Pro
Ulasan – Kemampuan Fotografi Vivo X90 Pro Ekstrem Di Luar Imaginasi 65

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link