Infotainment

(Ura-Ura)NVIDIA GeForce RTX 4070 Mungkin Diperkenalkan Pada Bulan April Ini

geforce ada 4070ti og

rumahkabin black

Siri kad grafik terbaru NVIDIA, GeForce RTX 4000 dijangka bakal hadir dengan sebuah model baru seawal bulan hadapan, iaitu NVIDIA GeForce RTX 4070.

Ini cukup menarik khususnya kerana kad grafik ini dilancarkan lebih lewat berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Ti, yang dijenamakan semula daripada NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan memori GDDR6 12GB yang diperkenalkan awal tahun ini.

geforce ada 4070ti og
(Ura-Ura)NVIDIA GeForce RTX 4070 Mungkin Diperkenalkan Pada Bulan April Ini 5

Dari segi spesifikasi, kad grafik GeForce RTX 4070 ini dijangka masih akan menggunakan cip pemprosesan grafik AD104 yang digunakan pada kad grafik GeForce RTX 4070Ti, tetapi dengan jumlah teras CUDA yang lebih rendah pada 5888 teras dan kelajuan Boost Clock 2475MHz.

Sama seperti kad grafik yang lebih berkuasa itu, ia juga masih akan tampil dengan penggunaan memori GDDR6 12GB dengan antaramuka 192bit yang pantas.

Buat masa ini, terdapat ura-ura di Twitter yang mengatakan bahawa kad grafik ini akan diperkenalkan oleh NVIDIA pada 13 April 2023 oleh seorang peniris maklumat komponen yang terkenal untuk tarikh-tarikh pengumuman yang tepat.

NVIDIA masih belum mengeluarkan sebarang butiran rasmi mengenai kad grafik ini, termasuklah tarikh pelancarannya, tetapi secara lazimnya butiran yang diperlihatkan ini boleh dikatakan adalah cukup tepat sekali, dan tidak begitu jauh dari pengumuman rasmi.

Setakat ini, satu-satunya butiran yang masih tidak diketahui oleh sesiapa ialah tanda harga kad grafik ini, tetapi berdasarkan tanda harga untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Ti sebelum ini ditetapkan pada $799, ia tidak mengejutkan sekiranya GeForce RTX 4070 akan hadir dengan tanda harga $50-$100 lebih murah berbanding penawaran tersebut.



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link