Hartanah

Wanita cedera rakan lontar kunci tertusuk pada muka

kunci sangkut muka

rumahkabin black

OTTAWA – Seorang wanita di Ontario, Kanada terlibat dalam satu insiden ngeri apabila kunci kereta tertusuk ke dalam tengkoraknya, lapor akhbar The Sun.

Kejadian berlaku ketika Renee Lariviere, 24, hendak pergi makan malam dan rakannya melempar kunci kereta kearahnya.

Wanita itu cuba mencapai kunci itu dengan agresif sehingga kunci itu tertusuk ke dalam mukanya.

Gambar kejadian memaparkan detik ketika muka Renee mula mengeluarkan darah. Lebih menyeramkan apabila kunci itu tergantung pada mukanya tanpa dipegang.

“Kebimbangan saya adalah mata, saya tidak peduli dengan parut,” katanya.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil dan wanita itu dibawa ke hospital. Renee segera diperiksa pakar perubatan dan menjalani imbasan CT.

Selepas itu, pakar bedah plastik mengeluarkan kunci dan menjahit luka di mukanya. 

Imej imbasan CT memaparkan keadaan kunci itu yang tertusuk ke dalam rongga hidungnya. Renee bernasib baik apabila kesan luka itu tidak menyebabkan parut dan dia pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. – Agensi



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link