SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita dengan selamba meletakkan troli di hadapan sebuah kereta yang didalamnya ada pemandu dalam kejadian sebuah pasar raya sekitar Lembah Klang, baru-baru ini mengundang kecaman di media sosial.
Perangai lapuk malas masyarakat itu tular menerusi video berdurasi 27 saat memaparkan perbuatan itu yang jelas menggangu pengguna lain atas sikap pentingkan diri sendiri.
“Bila manusia tidak ada pemikiran logik walaupun kita ada dalam kereta, (dia tinggalkan sahaja troli itu macam itu sahaja). Nasib baik ada kamera kereta,” tulis pemilik video kamera kereta itu.
Salah seorang pengguna Facebook, Muhd. Zafran berkata, adalah sukar untuk menuju negara maju sekiranya masih mempunyai pemikiran tahap lama.
“Minda masih kelas ketiga, macam mana nak maju kalau troli pun tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Video ini viral untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan bukannya bertujuan untuk mengaibkan dia (wanita itu),” katanya.
“Sekurang-kurangnya jangan letak sampai halang kereta orang lain. Carilah ruang kosong kalau malas sangat hendak tempat dia balik. Susah akal tidak sampai macam ini. Fikir diri sendiri sahaja,” ujarnya Noor Mohd. – KOSMO!ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link