Hartanah

Warga emas maut kerana hutang RM250

warga emas maut

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai terbabit kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki berhampiran sebuah kedai makan Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu lelaki berusia 48 tahun berhubung pergaduhan berkenaan sekitar pukul 7.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati satu pergaduhan di antara dua orang lelaki tempatan berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi di hadapan sebuah kedai makan.

“Mangsa berusia 73 tahun itu dipukul oleh suspek berusia 63 tahun dengan menggunakan sebuah kerusi plastik, manakala mangsa membalas serangan dengan menggunakan sebatang rod kabel,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh beberapa anggota RELA yang berada di sekitar kawasan kejadian.

“Mangsa beredar dengan berjalan kaki dan rebah seterusnya meninggal dunia di tepi jalan, kira-kira 100 meter dari lokasi pergaduhan berlaku.

“Sehubungan itu, kita telah menahan suspek pada pukul 11 pagi tadi, ketika dia hadir di Balai Polis Kepong untuk membuat laporan berkenaan pergaduhan tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek dan mangsa merupakan kawan lama manakala, punca pergaduhan dipercayai disebabkan oleh masalah hutang sebanyak RM250 yang mana suspek gagal menjelaskan hutang terbabit.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan akan direman esok untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes terbabit untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link