Yoodo iaitu perkhidmatan telekomunikasi di bawah Celcom, terkenal dengan pelan boleh diubahsuai masih lagi beroperasi seperti biasa walaupun Celcom dan Digi sudah bergabung menjadi CelcomDigi.

Seperti yang dijanjikan mereka akan memperkenalkan lebih banyak penawaran baharu yang menarik sebelum ini, kini dilihat Yoodo sudah sedia menawarkan perkhidmatan 5G untuk pengguna mereka.
Melalui aplikasi Yoodo, mereka menyatakan pelan 5G akan tiba tidak lama lagi dengan janji kelajuan sehingga 10x ganda, boleh berhubung dengan lebih banyak peranti tanpa kelajuan internet perlahan serta sela masa yang berkurangan.

Masih tiada sebarang maklumat mengenai harga pelan, tetapi di bahagian FAQ – Yoodo menyatakan sokongan 5G mereka adalah dalam fasa percubaan dan percuma untuk diuji. Jika berada di luar kawasan, yang mana sama dengan kawasan 5G Celcom – Yoodo menjanjikan sambungan 4G yang luas.
Sama-sama kita nantikan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link