Infotainment

WatermarkRemover.io Boleh Membuang Tera Air Pada Imej Stok

WatermarkRemover.io 01

rumahkabin black

Sekarang ada banyak perkhidmatan atas talian yang menawarkan pelbagai imej stok untuk digunakan dalam artikel, mempromosi sesuatu, disunting untuk meletakkan produk masing-masing dan banyak lagi. Ada perkhidmatan yang menawarkan imej stok percuma, ada juga yang berbayar.

Walaupun sudah banyak menawarkan kecerdasan buatan menghasilkan imej stok daripada teks, masih ramai perlukan imej stok sebenar yang berkualiti – di mana banyak yang berbayar atau jika percuma dipenuhi dengan tera air.

WatermarkRemover.io 01
WatermarkRemover.io Boleh Membuang Tera Air Pada Imej Stok 7

Laman WatermarkRemover.io cuba menyelesaikan masalah ini terus dari web. Hanya muat naik imej yang ada tera air, laman web ini akan memproses imej tadi dalam masa hanya beberapa saat dan selesai. Ia pantas, menjadi dan berguna.

Ciri ini bukan sesuatu yang baru, kerana fungsi mirip dengan content-aware fill pada Photoshop. Cuma laman web ini memudahkan lagi dan memproses pada kadar lebih laju. Anda boleh lihat contoh di bawah.

Imej Stok KL Contoh Tera AirImej Stok KL Contoh Tera Air Hilang

Cuma satu masalah, penggunaan ini adalah tidak beretika kerana ia melanggar hak cipta. Tera air diletakkan untuk memberi tanda sesuatu imej itu adalah hak seorang pengkarya/laman web dan perlu dibeli atau membayar lesen jika ingin menggunakannya.

Walaupun percuma (untuk 45 kali penggunaan) dan mencapai sehingga $299 sebulan untuk 5000 penggunaan dan storan awan – gunakan hanya sebagai contoh atau untuk pendidikan dan bukannya untuk promosi produk dan menjana pendapatan.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link